Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0

2,968

Pada 6 Jun 2021 baru-baru ini, telah diadakan sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin mengenai Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021.

Melalui sidang media yang diadakan secara langsung ini, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin telah membuat beberapa pencerahan mengenai perjalanan persekolahan murid-murid sepanjang tempoh PKP 3.0.

Antaranya ialah takwim persekolahan yang akan disambung semula bermula 13 Jun 2021 ini.

Baca juga: Jadual Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya Aidilfitri

TARIKH SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Para pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas tamat cuti pertengahan tahun adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A: Bermula sesi persekolahan dibuka pada 13 Jun 2021
  • Kumpulan B: Bermula sesi persekolahan dibuka pada 14 Jun 2021
KUMPULAN A: Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
KUMPULAN B: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk tempoh 25 hari berjalan sehingga sesi cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai 2021.

Ketetapan ini melibatkan semua sekolah termasuk:

  • Sekolah Swasta
  • Sekolah Antarabangsa
  • Expatariat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan

Sekolah berkenaan perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan takwim masing-masing.

TAKWIM PERSEKOLAHAN TERKINI PKP 3.0

Anda juga boleh rujuk takwim persekolahan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, PKP 3.0 seperti berikut:

Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0

Murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada:

  • 16 Julai – 25 Julai bagi negeri kumpulan A
  • 17 Julai – 26 Julai bagi negeri kumpulan B

Nota: KPM akan membuat pengumuman lebih awal iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi setiap cuti pertengahan penggal.

Baca juga: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...