Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Membuat Semakan Kiblat Istiwa’ A’dzam Yang Tepat Di Rumah. Ini Panduan Untuk Anda

1,588

Apa itu kaedah Istiwa’ A’dzam?

Istiwa’ A’dzam merupakan penentuan arah kiblat yang tepat boleh diperolehi apabila berlaku peristiwa Istiwa’ A‘dzam iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah’. Istiwa’ A‘dzam adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenit Kaabah ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara untuk membuat semakan arah kiblat yang tepat menerusi Kaedah Istiwa’ A‘dzam seperti yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS ISTIWA’ A’DZAM

Istiwa’ A’dzam adalah fenomena apabila matahari berada tepat di atas Kaabah. Peristiwa ini akan berlaku dua kali setahun apabila nilai sudut istiwa’ matahari sama dengan latitud Makkah.

Apabila fenomena ini berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan ke arah Kaabah. Fenomena ini adalah kaedah tradisional falak untuk menyemak arah kiblat.

TARIKH SEMAKAN ARAH KIBLAT ISTIWA’ A’DZAM

Tarikh untuk semakan arah kiblat Istiwa’ A‘dzam adalah pada:

  • 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan. (27 Mei jika tahun lompat)
  • 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan. (15 Julai jika tahun lompat)

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak atau boleh berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT

Berikut adalah cara membuat semakan arah kiblat mengikut kaedah Istiwa’ A‘dzam iaitu:

  • Pada 28 Mei 2021
  • Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
  • Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  • Tepat jam 5:16 petang.
  • Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang-bayang kayu tersebut.
  • Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
  • Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
  • Selesai tanda arah kiblat yg tepat.

Cara Membuat Semakan Kiblat Istiwa' A'dzam Yang Tepat Di Rumah. Ini Panduan Untuk Anda

Nota: Setelah siap tanda arah kiblat, anda boleh semak ketepatan Apps Arah Kiblat di telefon pintar jika terdapat keraguan. (Tertakluk dengan keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...