Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri & Keluarga (Self Lockdown) Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

1,598

Sedarkah anda bahawa jumlah kes harian semakin hari semakin meningkat sehingga ianya menjadi satu kebimbangan buat kita semua.

Oleh hal yang demikin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua rakyat untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN serta mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang sedang berlaku sekarang.

Dapatkan 12 amalan atau langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga yang telah dikongsikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk djadikan panduan oleh kita semua.

INFO RINGKAS MENGENAI COVID-19

Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China.

COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza. Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan. Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.

Baca juga: Prosedur Temujanji Vaksinasi Yang Perlu Anda Patuhi Sepanjang PKP 3.0

CARA PENCEGAHAN COVID-19

Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID-19,

  1. Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand sanitizer dengan alchohol.
  2. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk atau selsema.
  3. Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka.
  4. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
  5. Duduk dirumah jika berasa tidak sihat.
  6. Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung.
  7. Amalkan penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak.
  8. Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau mengalami simptom-simptom jangkitan.

12 AMALAN KAWALAN PERGERKAN KENDIRI & KELUARGA

Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

  • Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu.
  • Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan.
  • Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah.
  • Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam.
  • Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;.
  • Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai.
  • Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah.
  • Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor.
  • Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat.
  • Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri.
  • Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan.
  • Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing.

Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri & Keluarga (Self Lockdown) Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri & Keluarga (Self Lockdown) Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Baca juga: Ciri Baharu Pada MySejahtera Mudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Untuk Urusan Vaksinasi

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...