Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Prosedur Temujanji Vaksinasi Yang Perlu Anda Patuhi Sepanjang PKP 3.0

1,323

Apa akan terjadi sekiranya anda terlepas temujanji vaksinasi? Jangan risau kerana pendaftaran individu sebagai penerima vaksin tidak akan terbatal sekiranya mereka terlepas panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji.

Terdapat 3 fasa bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu:

  • Fasa Pertama: Frontliner
  • Fasa Kedua: Warga Emas
  • Fasa Ketiga: Golongan dewasa 18 tahun ke atas

Seterusnya dapatkan 4 langkah untuk temujanji vaksinasi yang perlu anda patuhi mengikut SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan.

Baca juga: Ujian Pengesanan Covid-19 Percuma Untuk Pelajar IPT Tempatan

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN MENGIKUT FASA

Tempoh pelaksanaan adalah mengikut fasa seperti berikut:

  • FASA PERTAMA: Hujung Februari hingga April 2021
  • FASA KEDUA: April hingga Ogos 2021
  • FASA KETIGA: Mei 2021 hingga Februari 2022

MAKLUMAN UNTUK TEMUJANJI VAKSINASI

Berikut adalah makluman untuk temujanji vaksinasi yang perlu anda patuhi bagi sepanjang PKP 3.0 bermula 25 Mei hingga 7 Jun 2021:

  • Tepati masa yang ditetapkan dan datang 15 hingga 30 minit awal.
  • Patuhi SOP yang dtetapkan.
  • Walk-in TIDAK DIBENARKAN. Jangan hadir ke tempat vaksinasi tanpa temujanji.
  • Anda juga dilarang untuk hadir jika tidak sihat dan jika status di MySejahtera anda adalah:
    – Kes yang telah disahkan
    – Kontak rapat
    – Kes suspek
    – Individu dalam pemantauan

Prosedur Temujanji Vaksinasi Yang Perlu Ada Patuhi Sepanjang PKP 3.0

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS TEMUJANJI

Pemohon yang sudah menerima SMS boleh menyemak status temu janji di:

Semak temujanji anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau pasport dan nombor telefon berdaftar.

Anda juga perlu sahkan kehadiran dalam masa 48 jam. Jika tidak berjaya menjawab atau anda menjawab TIDAK, tarikh anda akan dijadualkan semula.

Prosedur Temujanji Vaksinasi Yang Perlu Ada Patuhi Sepanjang PKP 3.0

Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...