Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis bantuan Kerajaan telah diluluskan untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua golongan.

Malah, anda boleh membuat semakan kelayakan bantuan secara online sahaja melalui Portal MANFAAT dengan memasukkan maklumat yang diperlukan sahaja. Segala bantuan yang anda layak mohon akan dipaparkan.

Anda juga boleh mendapatkan senarai bantuan Kerajaan yang boleh anda pohon sepanjang bulan Januari 2021 seperti yang akan dikongsikan disini. Jom semak apakah jenis bantuan yang boleh anda mohon sepanjang Januari 2021 ini.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEPANJANG JANUARI

Antara senarai bantuan Kerajaan yang anda boleh mohon sepanjang Januari ini ialah:

BANTUAN eKASIH

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan Bantuan eKasih seperti berikut:

PENDAFTARAN BARU EKASIH

2 cara untuk membuat pendaftaran baru eKasih iaitu :

  • Anda perlu rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) , Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Untuk info lebih lanjut mengenai pendaftaran dan permohonan eKasih, rujuk sini seterusnya lakukan pendaftaran sekiranya layak.

BANTUAN JKM KANAK-KANAK

Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 (Cara Mohon)

Bagi anda yang mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Bantusn JKM Kanak-Kanak, anda boleh membuat permohonan dengan kadar bantuan baru seperti berikut:

  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  • Kanak-kanak 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 Sebulan
  • Kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.

Rujuk: Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 (Cara Mohon)

BANTUAN MYSALAM

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Golongan B40 juga boleh membuat permohonan MySalam dan bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM700 sekiranya disahkan mempunyai penyakit krtikal dan terbahagi kepada 2 kategori pemohon seperti berikut:

Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup

  1. Berumur 18 hingga 65 tahun
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun
  3. Individu OKU berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun.

Kategori Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup

  1. Berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Golongan isi rumah iaitu bagi kategori penerima bukan bantuan sara hidup  juga kini boleh mendaftar sebagai pemohon.

Klik disini untuk semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan bantuan kewangan MySalam.

e-DOMPET RM100

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Golongan belia juga bakal menerima manfaat kerana bakal menerima RM100 yang akan dikreditkan ke e-Wallet masing-masing Januari secara berperingkat.

Antara syarat kelayakan menerima e-wallet RM100 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Miliki salah satu daripada tiga e-Wallet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Info lanjut: e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya

TELEFON PINTAR & PELAN DATA PERCUMA YTL FOUNDATION

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Para pelajar pula perlu belajar di rumah sepanjang PKP 2.0 atau PdPR dan memerlukan telefon pintar serta pelan data yang baik untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Cara untuk mohon bantuan Telefon Pintar dan Pelan Data Percuma YTL ini anda perlu:

  • Anda dan anak anda perlu dicalonkan oleh Guru Sekolah terlebih dahulu
  • Pelajar akan diwakili oleh guru masing-masing untuk mengisi borang pencalonan Bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar dan pelan data percuma YTL inisila bertindak dengan segera dan mohon disini sahaja.

BANTUAN PAKEJ PELAN DATA & DISKAUN PERANTI PELAJAR IPT B40

Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40

Untuk mengurangkan beban pelajar IPT daripada golongan B40 pula, Kementerian Pengajian Tinggi teah menyediakan satu inisiatif berbentuk Pelan Data dan Diskaun Peranti secara bersasar.

Terdapat 6 jenis pakej istimewa disediakan untuk kegunaan pelajar IPT dan 3 jenis peranti yang diberikan diskaun bermula 5% hingga 15%.

Anda juga boleh dapatkan info selanjutnya mengenai Inisiatif Pelan Data dan Diskaun Peranti disini dan jangan lepaskan peluang yang diberikan oleh KPT kepada anda untuk memudahkan pembelajaran sepanjang PKP.

BANTUAN WARGA EMAS JKM

Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan Warga Emas Dinaikkan Sehingga RM500. Ini Cara Mengemukakan Permohonan

Ibu bapa anda juga layak menerima Bantuan Warga Emas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kadar bantuan sebanyak:

  • RM500 sebulan

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  • Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat atau
  • Secara online melalui sistem eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rujuk: Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan Warga Emas Dinaikkan Sehingga RM500. Ini Cara Mengemukakan Permohonan

Dah buat semakan Bantuan Kerajaan di atas? Cepat mohon mulai sekarang dan pastikan anda tidak terlepas untuk menerima bantuan yang disediakan Kerajaan buat anda.

Selamat mencuba!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.