Senarai Kementerian/Jabatan Menawarkan Jawatan MySTEP Untuk Anda. Semak Disini

Anda masih lagi mencari kerja yang sesuai atau anda merupakan graduan yang baru menamatkan pengajian? Jika ya dan ingin dapatkan pengalaman bekerja, anda boleh mencuba untuk bekerja secara sambilan atau kontrak melalui jawatan Personel MySTEP yang diiklankan dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 50,000 peluang kerja yang ditawarkan oleh MySTEP dan pastikan anda mengambil peluang ini dengan segera. Malah, anda boleh bekerja dalam sektor awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Rujuk: MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

APA ITU MYSTEP?

MySTEP adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi satu jangka masa pendek. Ia merupakan satu program yang menggantikan skim pekerjaan Pekerjaan Sambilan Harian (PSH) dan ditambah baik dari pelbagai sudut terutamanya gaji mengikut sijil pendidikan.

KEMENTERIAN/JABATAN YANG MENAWARKAN JAWATAN KOSONG MYSTEP

Anda boleh memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda dan berikut adalah jawatan yang dibuka untuk anda membuat permohonan dengan segera:

BIL KEMENTERIAN / JABATAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 15 Februari 2021
2 Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 15 Februari 2021
3 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 15 Februari 2021
4 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 16 & 19 Februari 2021
5 Kolej Komuniti Kuching, Sarawak 17 Februari 2021
6 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 17 Februari 2021
7 Pembantu tadbir Kolej Komuniti Langkawi 18 Februari 2021
8 Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 18 Februari 2021
9 Politeknik Malaysia Balik Pulau 19 Februari 2021
10 National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) 19 Februari 2021
11 Jabatan Perikanan Malaysia 19 Februari 2021
12 Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) 19 Februari 2021

UPDATE JAWATAN MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MySTEP, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program MyStep, sila layari portal laman web berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.