Senarai Tugas-Tugas Anggota Polis Diraja Malaysia Yang Anda Perlu Tahu & Contoh Soalan Temuduga

Orang awam tidak perlu meremehkan tugas-tugas anggota Polis Diraja Malaysia serta tidak perlu menganggu mereka ketika menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya kita semua diminta untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai tugas-tugas anggota Polis agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Bagi calon temuduga pengambilan Polis Diraja Malaysia pula, anda boleh mendapatkan senarai tugas-tugas pegawai Polis serta contoh soalan temuduga sebagai rujukan.

SENARAI PANGKAT & JAWATAN DI PDRM

Berikut adalah senarai pangkat-pangkat dan jawatan yang terdapat dalam PDRM:

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  • Inspektor Jeneral Polis (IG)
  • Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
  • Komisioner Polis (CP)
  • Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  • Asisten Komisioner Polis (ACP)
  • Superintenden Polis (SUPT.)
  • Deputi Superintenden Polis (DSP)
  • Asistan Superintenden Polis (ASP)
  • Inspektor (INSP)
  • Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis

  • Sub-Inspektor (SI)
  • Sarjan Mejar (SM)
  • Sarjan (SJN)
  • Koperal (KPL)
  • Lans Koperal (L/KPL)
  • Konstabel (KONST)

SENARAI TUGAS PEGAWAI POLIS

Senarai tugas-tugas pegawai Polis ini adalah berdasarkan Sekyen 20 & 21 Akta Polis.

Anda boleh jadikan ianya sebagai rujukan kerana kemungkinan ia akan ditanya ketika sesi temuduga dijalankan nanti.

SEKSYEN 20

  1. Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap
  2. Memproses risikan keselamatan.
  3. Menjalankan pendakwaan.
  4. memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran.
  5. Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan.
  6. Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten.
  7. Mempamerkan maklumat.
  8. Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya.
  9. Menyita binatang-binatang yang berkeliaran.
  10. Menempatkannya dalam kandang awam.
  11. Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta.
  12. Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak.
  13. Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil.
  14. menjaga ketenteraman didalamnya.
  15. Mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

SEKSYEN 21

  1. Mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA POLIS

Bagi calon temuduga pula, berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga Polis yang boleh anda jadikan rujukan.

  • Mengapa anda ingin menyertai PDRM?
  • Apakah itu integriti dan cara meningkatkan integriti dikalangan anggota PDRM?
  • Apakah isu semasa mengenai pergaduhan antara kaun di Malaysia dan apakah cadangan anda untuk eratkan perpaduan antara kaum?
  • Apakah pendapat anda mengenai isu kematian anggota bomba arwah Adib?
  • Namakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis dan Mantan Ketua Polis.
  • Adakah anda tahu apa itu ASEANAPOL dan INTERPOL?
  • Nyatakan kepada saya mengenai ESSZONE dan ESCOM.
  • Sebutkan senarai pangkat yang terdapat di dalam PDRM. Jika boleh, sebutkan Ketua Jabatan dalam PDRM beserta fungsi jabatan.
  • National Key Results Area (NKRA) sering disebut-sebut dalam perbincangan. Apakah isu semasa mengenai NKRA?
  • Jika anda diminta untuk bertugas sepanjang Sekatan Jalan Raya diadakan, adakah anda bersedia?
  • Tahu tak maksud NBOS? Jabatan apakah yang terlibat dengan program ini?
  • Jenayah Siber sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini. Bincangkan salah satu jenayah siber yang sering terjadi dan apakah cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa?
  • Apakah Amanita dan GTP? Ceritakan sedikit pada saya.
Nota: Sebagai calon, buat ulangkaji yang berkaitan dengan PDRM serta isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia dan Luar Negara. Buat persediaan agar anda lebih yakin untuk menjawab soalan.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.