Guru DG41 One-Off, Bila Tarikh Akhir Serah Dokumen Yang Diperlukan Melalui Emel? Semak Jawapan Disini
Permohonan Guru DG41 One-off telah dibuka pada 7 Julai 2021 yang lalu secara online melalui laman rasmi MySPP.
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan opsyen dan syarat permohonan Guru DG41 One-Off seperti yang dikongsikan melalui pautan ini.
Namun terdapat keraguan dimana terdapat satu arahan yang agak mengelirukan iaitu, “Penyerahan Dokumen Hanya Pada 21 Julai 2021”. Ini jawapannya.
TARIKH PERMOHONAN GURU DG41 ONE OFF
Isi Kandungan
Tarikh permohonan Guru DG41 One Off adalah bermula pada:
- 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021(sebelum jam 11.59 malam).
TARIKH SERAHAN DOKUMEN GURU DG41 ONE-OFF
Untuk menjelaskan kekeliruan pemohon, ini jawapan yang diperolehi oleh Ifa Safirah Abd Rahim setelah membuat panggilan ke SPP:
- Penyerahan dokumen penting boleh dibuat PADA BILA MASA-MASA SEBELUM JAM 11.59 PM, 21 JULAI 2021.
JAWAPAN KEKELIRUAN MENGENAI PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF
Selain daripada kekeliruan tarikh penyerahan dokumen Guru DG41 one-off, terdapat kekeliruan yang lain iaitu:
PALANG SPP
- Untuk pengetahuan anda, palang SPP dokumen Guru DG41 One-Off mesti dibuat di BAHAGIAN TENGAH DOKUMEN seperti contoh yang diberikan oleh SPP.
PEMILIHAN HAD OPSYEN
-
Pemilihan opsyen TIDAK DIHADKAN, anda dibenarkan untuk memohon seberapa opsyen yang bersesuaian DENGAN MENGHANTAR EMEL BERASINGAN (MENGIKUT OPSYEN).
-
Contohnya: Anda mohon opsyen Pendidikan Islam dan Dini. Jadi, anda perlu menghantar dokumen kepada 2 alamat emel yang berbeza mengikut opsyen dengan mengikut format yang betul (dengan menyatakan opsyen yang dipilih).
SOALAN LAZIM PERMOHONAN GURU DG41 SPP
Selain itu, anda juga boleh merujuk soalan lazim seperti yang telah dikongsikan untuk menjawab persoalan anda mengenai permohonan Guru DG41 One-Off:
Atau terus rujuk pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi :
- Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
- Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang.
- Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.