Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sijil Halal Wang Kripto, Bitcoin & Forex Palsu? Ini Penjelasan Jakim

883

Ramai yang tertanya-tanya asam ada sijil halal JAKIM berkaitan produk kewangan Wang Kripto, Bitcoin dan Forex setelah ia viral baru-baru ini.

Kalau betul ia dikeluarkan oleh JAKIM, adakah ianya sahih dan benar?

Jom kita dapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu ini. Diharap penjelasan ini memberi kelegaan buat kita semua.

APA ITU WANG KRIPTO?

Mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang.

Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

Bitcoin menjadi mata wang kripto ternyahpusat yang pertama pada tahun 2009. Sejak itu, banyak mata wang kripto telah diwujudkan. Ini kerap dikenali sebagai altcoins, sebagai gabungan alternatif Bitcoin.

PENJELASAN ISU STATUS SIJIL HALAL WANG KRIPTO, BITCOIN & FOREX

Pihak JAKIM telah menerima banyak pertanyaan mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengenai Wang Kripto, Bitcoin dan Forex yan tular di media sosial baru-baru ini.

Jadi, adakah sijil tersebut palsu atau benar? Ini penjelasannya:

JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi mana-mana produk kewangan. Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.
Jadi, semua pengguna atau orang ramai yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai sijil halal produk kewangan tersebut untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab.

MENGAPA TINDAKAN INI DILAKUKAN?

Menurut JAKIM, sijl ini dipalsukan untuk mempengaruhi orang ramai agar mendapatkan perkhidmatan dan melanggan produk mereka serta mendakwa ia patuh syariah.

Sijil Halal Wang Kripto, Bitcoin & Forex Palsu? Ini Penjelasan Jakim

“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html).”

JAKIM

CARA BUAT ADUAN

JAKIM juga meminta orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai penyalahgunaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM boleh membuat aduan secara online pada pautan berikut:

Lengkapkan aduan anda dengan menyediakan butir-butir perincian seperti berikut:

  • Nama pengadu
  • No Kad Pengenalan pengadu
  • Alamat pengadu
  • Emel pengadu
  • No Tel/hp pengadu
  • Lokasi aduan (Nama dan alamat penuh pengilang/premis)
  • Perincian aduan Contoh: Produk menggunakan Logo Halal Malaysia tanpa mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah)
Nota: Semua maklumat yang diberikan adalah sulit.
Diharap segala penjelasan oleh JAKIM ini benar-benar menghilangkan segala keraguan buat orang ramai.
Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan benda yang tidak sahih dan menimbulkan keraguan.

Baca juga: Jom Semak Sijil Halal Melalui Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal. Tak Perlu Ragu-Ragu Lagi

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...