Sijil Nikah & Sijil Daftar Kahwin Penting Untuk Proses Pencen Terbitan. Kalau Sayang Pasangan, Simpan Sijil Ini Baik-Baik!
Penjawat awam yang berpencen perlu mengemukakan beberapa dokumen wajib untuk proses permohonan pencen terbitan
Sekiranya apa-apa berlaku kepada anda, terutamanya melibatkan kematian, proses permohonan pencen terbitan akan berlaku dengan mudah sekiranya dokumen yang diperlukan adalah legkap seperti yang ditetapkan.
Antara dokumen penting yang berkaitan dengan proses ini ialah Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin anda.
Baca juga: Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen 2021 Pesara Kerajaan Setiap Bulan
DOKUMEN WAJIB PENCEN TERBITAN
Isi Kandungan
Antara dokumen wajib yang perlu anda sertakan bersama untuk tuntuan pencen terbitan pasangan anda ialah:
- Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.
- Borang maklumat pesara – JPA.BP.SPPP.B01
- Sijil akuan berhutang – JPA.BP.UMUM.B01
- Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan – JPA.BP.SPPP.B04
- Salinan surat nikah
- Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata KWSP 1036
SIJIL NIKAH/SIJIL DAFTAR NIKAH
Untuk pengetahuan anda:
- Tiada sijil nikah, akan melambatkan proses permohonan pencen terbitan. Sebab ia dokumen wajib dan mesti dikemukakan oleh balu mahupun duda untuk pertimbangan pencen terbitan.
- Kalau sekarang tak ada, mohon dapatkan. Pastikan ada dalam simpanan. Kalau pesara / penjawat awam meninggal dunia, tidak lah kelam kabut tercari-cari salinan Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin.
- Kalau dah ada dalam simpanan, pastikan nama dan nombor kad pengenalan sama seperti yang tertera atas kad pengenalan. Jangan berbeza.
MAKLUMAT BERBEZA
Buat semakan sekarang khuatir maklumat adalah berbeza kerana menyusahkan proses permohonan pencen terbitan anda.
Ini kerana:
- Banyak kes, sudah berlaku, nama pada Kad Pengenalan ber’binti’kan bapa angkat, tapi di Sijil Nikah ber’binti’kan bapa kandung.
Oleh itu, sila betulkan maklumat di atas Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin, ikut sama seperti dalam Kad Pengenalan.
Perkara ini bukanlah satu birokrasi, tetapi bagi memastikan sesuatu dokumen yang disertakan untuk pertimbangan pencen terbitan adalah yang ‘berintegriti’
Jadi, sila simpan Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin anda dengan baik sekiranya anda sayangkan pasangan anda ya!
Anda juga boleh membuat semakan pencen secara online melalui aplikasi dipautan berikutL
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh bayaran pencen serta perkara yang berkaitan di :
- Portal Pencen JPA : http://www.jpapencen.gov.my/
- Telefon: 03 8887 8777
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.