Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lepasan SPM Boleh Mohon Sambung Belajar Sijil Pengajian Islam (SPI) Sesi Oktober Di IPDAS

1,431

Pelajar di negeri Sabah terutamanya lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian dipelawa untuk memohon Program Sijil Pengajian Islam yang telah dibuka permohonannya.

Pelajar yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan secara online melalui pautan yang akan dikongsikan disini sebelum tarikh tutup pad 26 September 2021 ini.

Sila lakukan permohonan dengan segera agar anda tidak terlepas peluang ini. Jangan lupa, baca syarat kemasukan dan buat permohonan ya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI)

Jika berminat, anda dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh berikut:

  • 26 September 2021

KELEBIHAN SEPANJANG PENGAJIAN

Anda yang mengikuti pengajian di IPDAS sepanjang Program Sijil Pengajian Islam (SPI) akan mendapat kelebihan seperti berikut:

  • Bilik kuliah, makmal komputer lengkap dengan capaian internet, perpustakaan, Dewan Serbaguna,masjid dan tempat sukan.
  • Bengkel Kemahiran Kursus Efektif Jahitan dan Pemprosesan Makanan juga disediakan
  • Makan dan minum serta asrama percuma
  • Wang saku setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pastikan anda membaca kelayakan permohonan terlebih dahulu. Apa pula syarat yang ditetapkan?

Syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh permohonan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengan 3 Kepujian iaitu:
    a) Bahasa Malaysia
    b) Pengajian Islam
    c) Mana-mana 1 mata pelajaran lain
  • Lulus Siil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) IPDAS Kampus Kudat dengan PNGK 3.5 ke atas
  • Lulus temuduga

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan pula, anda hanya perlu:

Lepasan SPM Boleh Mohon Sambung Belajar Sijil Pengajian Islam (SPI) Sesi Oktober Di IPDAS

  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar.

Atau imbas Kod QR pada poster dibawah untuk permohonan.

Lepasan SPM Boleh Mohon Sambung Belajar Sijil Pengajian Islam (SPI) Sesi Oktober Di IPDAS

Baca juga:[Terkini] Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Program Sijil Pengajian Islam (SPI) sila hubungi IPDAS di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...