Cara Daftar MySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

SISTEM PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN  PENDIDIKAN SEBAGAI PENCARI KERJA. LIHAT CARA DAFTAR MYSPP DISINI

Segala permohonan kerja bagi jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) perlu membuat permohonan terus melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan atau mySPP.

mySPP telah dinaiktaraf berkuatkuasa pada 15 Jun 2023. Semua pemohon (baharu/sedia ada) perlu mendaftar akaun baharu bagi memohon jawatan di bawah SPP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pengguna dan Soalan Lazim.

Sebelum ini para pencari kerja perlu memasuki laman web JobsMalaysia dan terus mendaftar untuk permohonan jawatan SPP melalui laman tersebut.

Ingin menjadi sebahagian daripada anggota SPP? Jika ya, anda boleh lihat cara mendaftar permohonan disini.

GURU DG41 ONE OFF

Yang terkini pula, mereka yang ingin memohon jawatan Guru DG41 One Off juga boleh membuat permohonan melalui SPP seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pelajaran, Datuk Dr Radzi Jidin.

Malahan. iklan permohonan juga akan diterbitkan pada 7 Julai 2021 seterusnya pemohon boleh membuat permohonan seperti yang teah diiklankan.

Rujuk: Jangan Lupa! 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

Jangan Lupa! 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

CARA MENDAFTAR PERMOHONAN MYSPP

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan dengan mySPP, anda hanya perlu :

  • Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
  • Isi permohonan baru dan tidak dibenarkan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang digunakan untuk log masuk ke JobsMalaysia sebelum ini.
  • Dapatkan MYID dan daftarkan akaun baru anda dengan menggunakan MYID sebelum mengisi permohonan dan klik DAFTAR BAHARU.
  • Seterusnya sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan KOD KESELAMATAN.
  • Klik DAFTAR dan klik DAFTAR MASUK untuk kemaskini maklumat anda.
  • Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
    Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN.
  • Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
  • Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja. Lihat Cara Daftar mySPP Disini

  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
  • Permohonan anda selesai.

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja. Lihat Cara Daftar mySPP Disini

BAGAIMANA DENGAN PERMOHONAN MYSPP TERDAHULU?

Untuk permohonan SPP yang terdahulu :

  • Permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru.
  • Sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
  • Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu tahun.
  • Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.
Nota : Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang.
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.