Cara Mohon Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP Labuan

Tidak semua antara kita bernasib baik dalam kehidupan. Namun, itu bukanlah penghalang untuk semua pelajar cemerlang dari golongan asnaf untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

Ini kerana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah menawarkan kepada semua pelajar yang tidak berkemampuan untuk memohon Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang.

Buat permohonan dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup dan dapatkan syarat umum yang ditetapkan seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Semua pelajar yang berminat dan ingin membuat permohonan boleh berbuat demikian dengan secepat mungkin sebelum tarikh berikut:

  • 29 Oktober 2021

BENTUK BANTUAN YANG DISALURKAN

Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang akan menyalurkan bantuan kepada pelajar yang layak seperti berikut:

  • Yuran pembelajaran
  • Elaun sara hidup
  • Buku mengikut keperluan kadar yang ditetapkan JPA

Nota: Kadar bantuan sebenar setiap pelajar adalah tertakluk kepada keputusan Mesyurat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa.

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Rujuk syarat umum permohonan Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

MAIWP juga telah menetapkan syarat khusus untuk permohonan Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP iaitu:

  • Pemohon mestilah tidak mendapat biasisawa atau tajaan dari mana-mana pihak.
  • Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, anda perlu hadir ke kaunter MAIWP yang berdekatan dengan anda seperti dibawah:

  • PAZA Cawangan Parlimen Labuan

Atau dapatkan borang secara online melalui pautan ini: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz

Nota: Semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.
Cara Mohon Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP
Cepat buat permohonan sekarang agar tidak terlepas peluang yang ditawarkan oleh MAIWP Labuan ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP disaluran berikut:

  • 013-8513066/ 013-8514066/ 017-8516066
  • Pejabat MAIWP Labuan: 087-418512
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.