Demi kelangsungan hidup serta meringakan beban warga RISDA yang terdiri daripada pekebun kecil, wargakerja RISDA/SMR serta ahli keluarga terdekat yang kelainan upaya, RISDA menawarkan bantuan kewangan sehingga RM1,000 secara one-off.
Kemudahan ini adalah terhad untuk warga RISDA sahaja dan dapatkan kelayakan permohonan seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: 89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini
JUMLAH PEMBIAYAAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA
Isi Kandungan
Jumlah pembiayaan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) ialah:
- RM1,000 maksimum / Sekali bayar
KELAYAKAN MEMOHON SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA
Antara kelayakan permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil/keluarga terdekat yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau wargakerja RISDA/Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
- Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
- Pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Pemohon perlu mendapat perakuan untuk alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU):
- Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU
- Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA/SMR.
- Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Surat Beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja.
- Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti Pekebun Kecil (TS32/ RISDA7/TS 18A) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA/ SMR.
- Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil.
- Salinan Penyata Gaji/pengesahan Pendapatan Pemohon OKU.
- Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU/Kad OKU.
- Sebutharga Harga Mesin/Alat Bantuan yang diperlukan.
- Gambar pemohon OKU.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Anda juga boleh memuat turun atau download borang permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) di:
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU)
Berikut adalah senarai semakan permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU):
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU), sila hubungi RISDA di:
- Telefon: 03-42564022
- Faks: 03-42576726
Atau terus ke Pejabat RISDA yang terdekat dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.