Cara Mohon RM1,000 Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA

Demi kelangsungan hidup serta meringakan beban warga RISDA yang terdiri daripada pekebun kecil, wargakerja RISDA/SMR serta ahli keluarga terdekat yang kelainan upaya, RISDA menawarkan bantuan kewangan sehingga RM1,000 secara one-off.

Kemudahan ini adalah terhad untuk warga RISDA sahaja dan dapatkan kelayakan permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: 89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini

JUMLAH PEMBIAYAAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA

Jumlah pembiayaan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) ialah:

  • RM1,000 maksimum / Sekali bayar

KELAYAKAN MEMOHON SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA

Antara kelayakan permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil/keluarga terdekat yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau wargakerja RISDA/Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Pemohon perlu mendapat perakuan untuk alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU) RISDA

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU):

  • Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU

  • Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian.
  • Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA/SMR.
  • Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Surat Beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja.
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti Pekebun Kecil (TS32/ RISDA7/TS 18A) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA/ SMR.
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil.
  • Salinan Penyata Gaji/pengesahan Pendapatan Pemohon OKU.
  • Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU/Kad OKU.
  • Sebutharga Harga Mesin/Alat Bantuan yang diperlukan.
  • Gambar pemohon OKU.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Anda juga boleh memuat turun atau download borang permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) di:

SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA (SBOKU)

Berikut adalah senarai semakan permohonan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU):

Cara Mohon RM1,000 Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU), sila hubungi RISDA di:

  • Telefon: 03-42564022
  • Faks: 03-42576726

Atau terus ke Pejabat RISDA yang terdekat dengan anda.

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.