Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Bantuan Persatuan & Kelab Sukan RISDA. Ini Cara Mohon

1,182

Untuk memastikan anak-anak RISDA bersukan dengan menggunakan kemudahan sukan dengan lengkap, RISDA telah menyediakan Skim Bantuan Sukan untuk dipohon oleh Persatuan Sukan/ belia anak Pekebun Kecil RISDA, warga RISDA dan Syarikat Milikan RISDA (SMR).

Baca juga: Pelbagai Jenis Program, Kursus dan Seminar Keusahawanan MARA. Mohon Secara Online

Seterusnya, dapatkan info penuh mengenai Skim Bantuan Sukan RISDA yang dikongsikan melalui artikel ini.

SKOP PEMBIAYAAN SKIM BANTUAN SUKAN RISDA

Skop pembiayaan Skim Bantuan Sukan RISDA adalah seperti berikut:

  • Diperuntukkan kepada 25 persatuan sukan sahaja setahun.
  • Pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar bantuan maksima sebanyak RM2,000.00 kepada setiap persatuan yang layak.

KELAYAKAN PEMOHON SKIM BANTUAN SUKAN RISDA

Kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Sukan RISDA adalah:

  • Persatuan dari kalangan belia anak pekebun kecil (tidak kurang 50% ahli terdiri daripada anak pekebun kecil) atau warga RISDA / SMR.
  • Telah ditubuhkan sekurang-kurang untuk tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan.
  • Menjalankan aktiviti persatuan yang tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada ahli.
  • Tertakluk kepada bantuan pembelian keperluan sukan tertakluk kepada had maksima setiap persatuan atau pun bilangan pemain mengikut jenis permainan (mana yang lebih rendah)

CARA MOHON SKIM BANTUAN SUKAN RISDA

Cara untuk memohon Skim Bantuan Sukan RISDA ialah seperti berikut:

  • Isi borang permohonan: https://www.risda.gov.my/images/berita/skim_bantuan_yayasan_risda/
  • Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian / Negeri atau Pusat Tanggungjawab / SMR masing-masing. Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA:

    a) Pengesahan Penghulu / Ketua Kampung dari segi keahlian Persatuan yang ditubuhkan bagi persatuan anak / belia Pekebun kecil
    b) Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil (TS32 / RISDA7 / TS 18A)
    c) Pengesahan Pengarah Bahagian / Pengarah RISDA Negeri / Ketua Pegawai Eksekutif bagi permohonan persatuan yang dianggotai warga RISDA / SMR
    d) Sebutharga perolehan barangan yang diperlukan.

  • Persatuan berkenaan akan diminta untuk mencetak Logo Yayasan RISDA pada setiap barangan yang diluluskan.
  • Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.

SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN

Antara senarai semakan permohonan ialah:

Skim Bantuan Persatuan & Kelab Sukan RISDA. Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Sukan, sila hubungi RISDA di:

  • Telefon: 03-42564022
  • Faks: 03-42576726

Atau terus ke Pejabat RISDA yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...