Anak-anak yang tergolong dalam golongan asnaf Fakir dan Miskin dipelawa oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2021.
Ia bertujuan untuk membantu golongan ini bersekolah dengan selesa dan mendapat pendidikan dengan sempurna seperti mana orang lain.
Selain itu, ia adalah untuk membantu anak-anak ini meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik melalui pendidikan yang mana mereka selepas ini akan mendapat pekerjaan yang lebih baik selepas meneruskan pengajian yang lebih tinggi.
SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN BANTUAN SEKOLAH MAIPk 2021
Isi Kandungan
Semak dahulu syarat kelayakn umum bagi permohonan Bantuan Sekolah MAIPk 2021 seperti berikut:
- Pemohon / Penerima beragama Islam.
- Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
- Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN & KAEDAH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MAIPk
Anda boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Bagi permohonan bantuan kali pertama/bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga / penjaga atas nama pelajar.
- Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).
- Borang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini boleh didapati melalui :Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Permohonan yang berjaya akan dibayar terus kepada sekolah murid tersebut.
BORANG PERMOHONAN BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MAIPk
Anda boleh dapatkan borang permohonan Bantuan Persekolahan 2021 MAIPk di pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan di saluran berikut:
- Facebook Zakat Perak MAIPk
- Laman web: www.maiamp.gov.my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.