Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pelajaran MARA. Semak Cara Mohon Melalui Perkongsian Ini

Anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi dan mengalami masalah kewangan? Jika ya, anda boleh memohon Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) yang disediakan oleh Yayasan Pelajaran MARA.

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Bayaran juga adalah secara one-off diberikan kepada setiap pelajar yang berjaya dalam permohonan. Dapatkan cara membuat permohonan dan semak kelayakan melalui perkongsian ini.

Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

INFO RINGKAS SKIM DANA EHSAN PENDIDIKAN

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

OBJEKTIF SKIM DANA EHSAN PENDIDIKAN

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

FAEDAH KEPADA PENERIMA DAN PENYUMBANG

FAEDAH KEPADA PENERIMA

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan dropouts dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.

FAEDAH KEPADA PENYUMBANG

  • Memperolehi tolakan cukai pendapatan.
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Mempromosi syarikat penyumbang.
  • Amal jariah.

KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN SKIM DANA EHSAN PENDIDIKAN

Syarat kelayakan untuk memohon Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) ialah:

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

MUAT TURUN BORANG

Muat turun borang permohonan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) disini:

BORANG PERMOHONAN

Nota: Buat masa ini, permohonan belum dibuka dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya pihak Yayasan Pelajaran MARA membuka permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Yayasan Pelajaran MARA di:

  • Yayasan Pelajaran MARA,
    Tingkat 18, Menara MARA,
    No. 232 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
    50100 Kuala Lumpur.
  • +603-26927273
  • +603-26927279
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.