Anda atau saudara mara pelajar Hafiz? Jika ya, dan ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah, anda dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi Sesi Pengajian 2020/2021.
Permohonan adalah secara online dengan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Baca juga: Kalendar Islam Malaysia 2021M / 1442-1443H & Tarikh Penting
Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi Sesi Pengajian 2020/2021? Semak disini.
TARIKH PERMOHONAN SPH SECARA ONLINE
Isi Kandungan
Permohonan secara online telah dibuka bermula:
- 8 Mac 2021 hinga 17 Mac 2021
Tarikh tutup permohonan adalah:
- 18 Mac 2021
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH)
Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
- Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
- Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
- Baki pengajian pelajar tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
- Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.
Selain itu, pelajar perlu memenuhi syarat akademik seperti jadual berikut:
BIDANG PENGAJIAN
TEMPAT PENGAJIAN
CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH)
Cara-cara membuat permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) ialah:
- Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan
mengisi borang permohonan. - Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di: http://sph.islam.gov.my
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz.
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan.
- Pemohon hendaklah mencetak SLIP PENGESAHAN PERMOHONAN SPH sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan memuat naik bersama dokumen sokongan berikut:
- 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil-sijil akademik. berikut:
a. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
b. Sijil Pelajaran Malaysia
c. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia - Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
- Salinan Surat Tawaran Pengajian.
- Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).
- Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan.
- Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri).
- Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.
PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Tidak semua pelajar boleh memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) seperti:
- Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja.
- Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa.
- Penjawat awam.
- Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Hafiz (SPH), sila hubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di:
- 03-8870 7000 / 7141/ 7142/ 7146/ 7149
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.