Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik
Pernigaan anda terjejas lagi akibat pandemik Covid-1? Malahan anda sangat memerlukan modal untuk membiayai perniagaan yang sedia ada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Bagi usahawan mikro yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan masing-masing, boleh membuat permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA.
Pembiayaan yang bakal diperolehi sekiranya berjaya dalam permohonan adalah sehingga RM50,000 dan boleh dimanfaatkan untuk perniagaan anda.
Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)
Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ialah:
- Kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sekrot pertanian dan penternakan.
- Terdiri dari kumpulan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

KEMUDAHAN DITAWARKAN
Antara kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Modal pusingan
- Pembelian peralatan
- Promosi dan pemasaran
- Belanja mengurus
HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN
Had maksimum pembiayaan adalah sehingga:
- RM50,000/kadar keuntungan 3% setahun
Tenpoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga:
- 72 bulan atau 6 tahun
SYARAT KELAYAKAN MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)
Syarat kelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ialah:
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun
- Melepasi tapisan carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan diceburi
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam bulan
- Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada senarai hitam MARA
CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)
Untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P), sila layari pautan berikut:


- Hadir ke Pejabat MARA Negeri/Pejabat MARA Daerah yang terdekat
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA, sila dapatkan di: