Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i), Perlindungan Takaful Sehingga RM5,000

978

Pada 10 November 2021 yang lalu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperkenalkan Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) sebagai kad identiti keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara.

Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) ini juga mempunyai pelbagai manfaat yang bakal dinikmati oleh peladang dan ahli keluarganya.

Malah, Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) ini menawarkan perlindungan Takful sehingga RM5,000.

TUJUAN INISIATIF SMART CARD KELUARGA PELADANG (PELADANG-i)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperkenalkan Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) dengan tujuan:

  • Meletakkan ahli-ahli peladang kepada sistem kehidupan yang lebih baik melalui konsep pembayaran tanpa tunai dan hanya berusan secara dalam talian.
  • Inisiatif tersebut juga selari dengan usaha untuk memperkasakan dan melonjakkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan ahli peladang ke arah dunia digitalisasi seterusnya mencapai matlamat LPP menerajui pertanian dalam negara ke arah IR 4.0.
  • Memberi keutamaan keselamatan penjagaan tunai para petani desa yang lebih banyak menggunakan transaksi secara tunai.
  • Menarik penyertaan golongan petani muda sebagai ahli peladang memandang kini hanya 15% keahlian daripada golongan muda.

CIRI-CIRI SMART CARD KELUARGA PELADANG (PELADANG-i)

Terdapat 4 ciri-ciri utama Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) iaitu:

  • Usahasama AGRO-LPP-PP
  • Berlatar belakang imej dari logo Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Logo Peladang-Kad Diskaun, rebat langganan produk PPK dan lain-lain
  • Logo Takaful Peladang-Kad Perlindungan takaful

Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i), Perlindungan Takaful Sehingga RM5,000

Baca juga: 53 Bantuan Perniagaan Menerusi Bajet 2022 Yang Beri Manfaat Untuk Usahawan & Peniaga Kecil

5 MANFAAT SMART CARD KELUARGA PELADANG (PELADANG-i)

Terdapat 5 jenis manfaat Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) seperti berikut:

  • Kad Identiti Keahlian PPK
  • Keistimewaan (Privillage),Sense Of Belonging
  • Rebat langganan/Diskaun/E-Vaucher dan lain-lain
  • Debit Card (Cashless,Paywave dan Online Banking)
  • Manfaat perlindungan seperti Khairat Kematian, Free of Mind, Perlindungan Takaful sehingga RM5,000
  • Perkongsian Risiko (No Claim Cash Back)

Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i), Perlindungan Takaful Sehingga RM5,000

Baca juga: [Hartani-i] Bantu Anda Membeli Tanah Untuk Aktiviti Pertanian Dengan Margin Sehingga 90% Ikut Had Kelayakan

CARA DAPATKAN SMART CARD KELUARGA PELADANG

Untuk dapatkan Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i), anda hanya perlu:

  • Mohon menjadi Ahli Pertubuhan Peladang dahulu
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
  • Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
  • Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
  • Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan

Kemudian, muat turun borang permohonan disini atau buat permohonan secara online dipautan berikut: http://www.pklik.lpp.gov.my/v1/public/home

Sekiranya permohonan diluluskan, anda akan menerima kad keahlian PPK terlebih dahulu.

Kemudian hadir ke mana-mana Agrobank yang berdekatan untuk memohon Smart Card Keluarga Peladang (Peladang- i) anda.

Kalau nak terima manfaat Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i) dengan segera, daftar keahlian Pertubuhan Peladang dahulu ya!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...