Pesakit diabetes juga memerlukan snacking food atau kudapan untuk kesihatan diri mereka.
Namun, mereka perlu memilih snacking food yang rendah kalori dan tidak mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi buat mereka.
Apakah kudapan yang sesuai untuk pesakit kencing manis makan apabila mereka perlukan? Semak disini.
7 JENIS KUDAPAN MANIS BUAT PESAKIT DIABETES
Terdapat 7 jenis kudapan manis atau snacking food yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes adalah seperti berikut:
Buah Epal
- Buah epal mempunyai kandungan gulanya yang tersendiri dan ia juga mempengaruhi kadar gula dalam darah setiap individu.
- Sebiji epal mengandungi 28 gram karbohidrat dan 5 gram serat.
- Potong kecil masukkan ke dalam mangkuk atau dipotong dalam bentuk yang menarik agar anda rasa teruja untuk makan buah sebagai snack food.
Aiskrim Pisang
- Gunakan bahan utama pisang untuk dijadikan aiskrim tanpa memasukkan bahan yang lain.
- Bekukan selama dua atau tiga jam sahaja.
- Gunakan pisang jenis cavendish kerana ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Kacang Kuda Panggang
- Pengambilan kacang kuda sebelum makan dapat menurunkan kadar gula darah dan pengambilan tenaga.
- Bakar kacang kuda bersama sedikit kayu manis dan sedikit minyak kelapa, garam serta madu.
Buah Pear
- Zat gizi yang paling banyak terdapat pada buah pir yaitu vitamin, mineral, dan serat.
- Buah pear juga memiliki indeks glikemik rendah dan buah ini tidak meningkatkan gula darah dengan cepat.
Smoothie Protien
- Anda boleh memasukkan buah-buahan atau sayur-sayuran apa saja yang anda suka, dan kemudian menyesuaikan campuran untuk memenuhi keperluan anda pada masa ini dengan tambahan seperti serbuk protein , biji, mentega kacang, atau biji-bijian.
- Disyorkan menggunakan air atau tanpa gula susu bukan tenusu untuk mengurangkan kandungan gula dan kalori keseluruhan dalam smoothie anda.
Brokoli
- Sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis.
- Sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Buah Oren
- Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!
- Mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori juga mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Baca juga: 4 Jenis Oximeter Murah, Mampu Milik & Lulus KKM/MDA Yang Boleh Dibeli Secara Online
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.