Bagi calon temuduga yang bakal mengikuti temuduga jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29, anda boleh dapatkan 10 contoh soalan sebagai rujukan dan panduan.
Anda juga boleh jadikan contoh soalan berdasarkan pengalaman calon sebelum ini agar temuduga anda berjalan dengan lancar serta lebih yakin ketika berhadapan dengan panel penemuduga.
Jom dapatkan 11 contoh soalan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 disini untuk panduan anda.
INFO JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
Isi Kandungan
Dapatkan beberapa info penting berkaitan jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 untuk panduan anda. Ini kerana info mengenai jawatan ini sering disoal oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan.
- Kumpulan: Pelaksana/Sokongan
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Gaji Minimum: RM1,493.00
- Gaji Maksimum: RM5,672.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
Deskripsi tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 ialah:
- Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut hasil Tanah atau pengeahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukurbagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.
10 CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
Apa pula 11 contoh soalan temuduga untuk Penolong Pegawai Tanah NT29 untuk persediaan?
Ini 11 contoh soalan temuduga untuk panduan dan rujukan anda.
- Jelaskan tugas Penolong Pegawai Tanah?
- Geran sementara dan geran tetap awk penah dengar? Sila jelaskan
- Apa yang di maksudkan pecah sempadan dan pecah bahagian?
- Jelaskan kepada saya serta berikan contoh untuk saya lebih faham
- Salah satu tugas penolong pegawai tanah, menyediakan laporan berkaitan pemohonan tanah. Betul atau tidak? Apa yang perlu dilaporkan?
- Apa yang awak tahu tentang tanah rezab Melayu
- Apakah tindakan, sekiranya penduduk tidak memberi kerjasama dalam tugas yang awak jalankan?
- Apakah isu yang hangat yang menjadi tumpuan masa sekarang?
- Siapakah Menteri Besar negeri_________?
- Negeri________________ ada berapa daerah?
- Ada berapa parlimen di negeri ini?
JANGAN CAKAP TAK TAHU SEMASA TEMUDUGA ANDA
Untuk menjawab soalan yang sukar dan tiba-tiba ditanya oleh penemuduga, anda boleh amalkan tips berikut dan jawab soalan dengan penuh yakin dihadapan penemuduga:
1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB
Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:
- “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”
Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.
2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN
Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.
3. SENTIASA TENANG
Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.
4. TIDAK MENIPU
Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.
5. BETUL ATAU SALAH
Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.
Untuk tips seterusnya, sila rujuk pautan ini:
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.