Selepas ini rakyat Malaysia boleh menghidupkan semula ekonomi pelancongan dalam negara dimana Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan satu SOP untuk anda yang ingin melancong dalam negeri. SOP tersebut ialah:
- SOP GELEMBUNG PERJALANAN DOMESTIK / DOMESTIC TRAVEL BUBBLE
Diingatkan sekali lagi, SOP Gelembung Perjalanan Domestik ini adalah bagi tujuan pelancongan di dalam negeri sahaja.
Untuk pengetahuan anda juga, aktiviti pelancongan ini juga adalah dari:
- Mukim
- Daerah
- Negeri Zon Hijau
ke kawasan berikut:
- Mukim
- Daerah
- Negeri Zon Hijau
Ianya adalah dibenarkan sekiranya anda memenuhi syarat yang ditetapkan.
DOKUMEN SOKONGAN BAGI SOP GELEMBUNG PERJALANAN DOMESTIK
Isi Kandungan
Untuk tujuan melancong, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan sebagai bukti dan sokongan perjalanan yang memerlukan anda merentas mukim / daerah / negeri adalah:
- Pengesahan pelancong yang berasal dari ZON HIJAU perlu menunjukkan deklarasi tahap kesihatan risiko semasa berstatus LOW RISK melalui aplikasi Profil MySejahtera.
- Bukti tempahan penginapan / tiket/ pakej pelancongan.
- Itinerari pelancongan atau apa-apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM.
SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI PDRM
Walaupun anda mempunyai semua dokumen sokongan diatas, namun anda diwajibkan untuk mendapatkan surat kebenaran dari PDRM iaitu surat kebenaran merentas negeri jika anda perlu merentasi kawasan kuning, jingga dan merah.
Dapatkan borang merentas negeri seperti di bawah:
download SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI PDRM
Sebarang pertanyaan dan info berkaitan rentas negeri, sila hubungi Balai Polis yang berdekatan dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.