Bermula 11 Oktober 2021 yang lepas, semua rakyat Malaysia telah dibenarkan merentas negeri tanpa sebarang halangan dan pelbagai arahan perlu anda patuhi sepanjang melakukan perjalanan.
Selain dari itu, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat perjalanan terutamanya SOP di R&R PLUS Berhad untuk arah Utara dan Selatan.
Bagi SOP untuk pergerakan masuk ke negeri Sarawak pula, anda boleh dapatkan disini dan patuhi arahan yang ditetapkan.
SENARAI SOP KEMASUKAN KE NEGERI SARAWAK
Isi Kandungan
Anda boleh dapatkan senarai SOP kemasukan ke negeri Sarawak mengikut kategori seperti berikut:
DARI NEGERI LAIN
1. Individu Lengkap Vaksinasi
- Borang e-Health Declaration Form (eHDF)
- Bukti status lengkap vaksinasi
- Berstatus Risiko Rendah atau Kontak Kasual Tidak Bergejala sahaja dalam aplikasi MySejahtera
- Pemeriksaan MySejahtera akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
2. Individu Belum Lengkap Divaksin/Tidak Divaksin
- Permohonan melalui EnterSarawak
- Borang e-Health Declaration Form (eHDF)
- Saringan ujian Negatif rt-PCR atau RTK Antigen (swab) dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak
- Pemeriksaan MySejahtera dan EnterSarawak akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
- Menjalani kuarantin di rumah/stesen kuarantin selama 10 hari (tertakluk kepada penilaian risiko oleh Pegawai Kesihatan)
- kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah perlu membuat saringan Covid-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa/penjaga yang belum/tidak lengkap vaksinasi
DARI LUAR NEGARA
Bagi pelancong luar negara pula, SOP yang ditetapkan untuk memasuki negeri Sarawak adalah seperti berikut;
- Permohonan melalui EnterSarawak
- Borang e-Health Declaration Form (eHDF)
- Saringan ujian Negatif rt-PCR dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Malaysia
- Hanya pengembara yang memiliki status legkap vaksinasi dibenarkan transit ke Sarawak dalam tempoh 24 jam
- Wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang (kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang)
- Tempat kuarantin adalah stesen kuarantin yang ditetapkan.
APA ITU LENGKAP VAKSINASI?
Definasi sebenar lengkap vaksinasi adalah seperti berikut:
- Vaksin berganda (Pfizer/Sinovac/AstraZeneca): 14 hari selepas dos kedua
- Vaksin dos tunggal (Cansino/Janssen): 28 hari selepas vaksinasi
Nampaknya SOP kemasukan ke Negeri Sarawak kali ini telah dipermudahkan untuk kita semua.
Oleh itu, ikuti semua SOP dan arahan yang ditetapkan untuk membantu negara kita pulih daripada Covid-19.
Selain itu, jika anda ingin melaporkan premis yang melanggar SOP melalui MySejahtera, klik sini dan dapatkan cara-cara membuat laporan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.