Tahun Baru Cina akan disambut tidak lama lagi. Namun seluruh negeri masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan mungkin akan berakhir pada 18 Februari nanti.
Baca juga: Cara Mohon Syarikat Beroperasi Sepanjang PKP Melalui CIMS MITI
Jadi, semak SOP Tahun Baru Cina 2021 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum anda meraikan perayaan Tahun Baru Cina agar anda tidak dikenakan denda oleh pihak berkuasa.
TARIKH MAKAN BESAR DIBENARKAN
Isi Kandungan
Makan besar keluarga hanya dibenarkan pada:
- Hanya pada 11 Februari 2021 sahaja.
SOP TAHUN BARU CINA MAKAN BESAR KELUARGA
Seperti yang dikeluarkan oleh MKN, majlis makan besar keluarga adalah dibenarkan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zonlingkungan 10km tanpa merentas daerah atau negeri.
Ingat! Anda tiak dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk menghadiri Makan Besar Keluarga .
JUMLAH ORANG YANG DIBENARKAN
- Hanya 15 orang ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
- Keluarga terdekat adalah suami, isteri, ibu bapa, anak dan adik beradik.
AKTIVITI SEMBAHYANG TAHUN BARU CINA 2021
Untuk aktiviti sembahyang pula dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:
- Tidak melebihi 30 orang pada satu masa dengan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.
- Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.
- Tarikh yang dibenarkan adalah pada 11, 12 dan 19 Februari 2021.
- Jadual waktu semabhyang bermula pada jam 6 pagi sehingga 2 petang.
KEBENARAN AKTIVITI SEMBAHYANG HOKKIEN CLAN
Aktiviti waktu sembahyang Hokkien Clan adalah dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam 18 Februari 2021.
Sekiranya perkarangan rumah tidak cukup luas untuk aktiviti sembahyang, anda boleh lakukan aktiviti ini di luar anjung depan rumah asalkan ianya tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
AKTIVITI SEBAHYANG DI ANCESTRAL HOME / RUMAH IBADAT
Anda juga dibenarkan untuk aktiviti sembahyang di rumah ibadat atau sembahyang nenek moyang di Ancestral Home dengan syarat-syarat SOP yang ditetapkan.
Dapatkan jadual untuk sembahyang di: https://www.perpaduan.gov.my/
RINGKASAN SOP TERKINI TAHUN BAHARU CINA 2021
SOP TERKINI TAHUN BAHARU CINA VERSI BAHASA MELAYU
SOP TERKINI TAHUN BAHARU CINA VERSI BAHASA INGGERIS
Sebarang maklumat yang lebih jelas sila dapatkan di: Kementerian Perpaduan Negara Majlis Keselamatan Negara
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.