Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7,600 Bilik Percuma Untuk Kempen Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma. Siapa Cepat, Dia Dapat!

1,151

Bukan senang nak dapatkan bilik sewa secara percuma selama sebulan dalam situasi yang kita lalui sekarang.

Namun, untuk menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran vaksin Covid-19, syarikat GFG Group telah mengadakan satu kempen iaitu Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma.

Jadi, siapa yang nak dapatkan sewa bilik percuma selama 1 bulan, jomlah daftar untuk vaksin mulai sekarang!

Baca juga: Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini

TUJUAN KEMPEN DAFTAR UNTUK VAKSIN, DAPAT 1 BULAN SUBSIDI SEWA BILIK PERCUMA

Kempen ini adalah bertujuan:

  • Pihak penyedia kemudahan bilik memahami bahawa penyewa mereka berdepan dengan cabaran untuk membayar sewa berikutan kekangan kewangan akibat hilang pendapatan atau tidak bekerja dan ia menjejaskan kehidupan ramai orang.
  • Menggalakkan orang ramai menyertai program vaksinasi kerajaan dalam usaha mencapai sasaran 80 peratus atau 25 juta rakyat Malaysia divaksinasi menjelang akhir tahun ini.

TARIKH KEMPEN

Tempoh kempen berlangsung mulai:

  • 15 jun 2021 hingga 31 Julai 2021

JUMLAH BILIK PERCUMA DISEDIAKAN

Jumlah bilik percuma yang disediakan kepada mereka yang layak ialah sebanyak:

  • 7,600 bilik ditawarkan

Subsidi sewa ini sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu ditanggung sepenuhnya oleh kedua-dua syarikat.

FAEDAH DITAWARKAN

Antara faedah yang ditawarkan untuk anda pula ialah:

  • Sifar deposit
  • Utiliti percuma

Ia juga disediakan kepada semua penyewa bagi membantu meringankan beban kewangan mereka untuk jangka masa pendek, sementara menunggu kawalan pergerakan ditarik balik dan ekonomi kembali pulih.

Bagi menikmati faedah yang ditawarakan ini, pelanggan perlu menyewa dan menunjukkan bukti pendaftaran mereka melalui aplikasi MySejahtera.

SYARAT SEWA BILIK PERCUMA

Syarat untuk mendapatkan sewa bilik percuma melalui Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma adalah seperti berikut:

  • Mestilah di tebus dalam tempoh kempen iaitu 15 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.
  • Tunjukkan bukti pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera
  • Anda akan mendapat bilik sewa percuma setelah layak.

2 PLATFORM DISEDIAKAN

Terdapat 2 platform disediakan untuk bilik sewa percuma iaitu:

7,600 Bilik Percuma Untuk Kempen Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma. Siapa Cepat, Dia Dapat!

7,600 Bilik Percuma Untuk Kempen Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma. Siapa Cepat, Dia Dapat!

Baca juga: MAIWP: Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Bulanan Mengikut Kelayakan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...