Anda seorang yang berminat dengan kerja sukarelawan?
Kerajaan Negeri Selangor mempelawa rakyat Selangor yang berminat dengan kerja sukarelawan untuk menyertai Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 DUN di Negeri Selangor.
Pelbagai manfaat menanti anda dan semak syarat yang ditetapkan seterusnya buat pendaftaran pada pautan yang dikongsikan disini.
APA ITU SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)?
Isi Kandungan
Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA):
- Berperanan untuk membantu dan menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti, dengan tumpuan utama pada masa ini diberikan terhadap pandemik.
- Sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul bertemakan Covid-19 antaranya pengurusan pesakit COVID-19, ujian COVID-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit COVID-19 di rumah oleh sukarelawan kesihatan, latihan penggunaan Home Assessment Tools (HAT) dalam aplikasi SELangkah dan sebagainya.
Baca juga: Cari Kerja Sambilan? Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19, MADAD & APM
MANFAAT SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)
Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:
- Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) (Untuk 1,000 pendaftaran awal da tertakluk pada terma dan syarat)
- Kit Sukarelawan seperti Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPE
- Mendapat latihan percuma secara berkala.
SYARAT PENYERTAAN
“Macam mana nak sertai Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) ni?”
Syarat penyertaan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
Berminat?
CARA MOHON
Anda dipelawa untuk pendaftaran sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) melalui link googl form pada pautan berikut:
- Lengkapkan permohonan anda dan klik SUBMIT untuk hantar permohonan anda.
Atau anda boleh buat pendaftaran melalui imbasan QR Code pada poster dibawah:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) sila emelkan ke:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.