[DOWNLOAD] Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 2018

Berikut adalah contoh surat perjanjian sewa rumah 2018.

Bagi penyewa atau pemilik rumah yang sedang tercari-cari contoh surat perjanjian sewa rumah, anda boleh download di sini.

Kredit kepada pemilik asal tuan Harith Faisal yang berkongsi di Facebook beliau.

Bagi anda yang ingin membeli rumah tahun depan, ada beberapa skim bantuan kerajaan yang disediakan khas untuk anda, antaranya:

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2018

PERJANJIAN SEWA RUMAH

BERTARIKH PADA 29 HARIBULAN NOVEMBER, 2017

ANTARA

ALI BIN ABU
750420-10-3472
(TUAN PUNYA RUMAH)

DAN

ROSNAH BINTI RASHID
891113-08-5428
(PENYEWA)

ALAMAT

03-02 APARTMEN KEKWA,
KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA,
SELANGOR

PERJANJIAN SEWAAN

Perjanjian Sewaan ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 antara dua pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Tuan Punya Rumah”) di pihak pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa”) di pihak kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA

1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah yang menjaga hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai “Premis”).

2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI

1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah dipersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan Penyewa untuk menerima Sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2. Nilai Sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewa hendaklah dibayar terus ke akaun bank Malayan Banking Berhad (Maybank) Tuan Punya Rumah yang bernombor: 1256 9532 1267 atas nama Ali Bin Abu. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua (2) bulan Sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah dan jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian Penyewa deposit akan ditolak berdasarkan kos kerosakan.

4. Tempoh kontrak sewaan hendaklah dipatuhi seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a) Jadual 1. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.

5. Penyewa perlu memberi notis selama dua bulan untuk menamatkan sewaan setelah tamat tempoh kontrak sewaan (1 tahun) atau 2 bulan sebelum tamat kontrak sewaan jika ingin meneruskan tempoh sewaan.

6. Penyewa perlu membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis.

7. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA RUMAH seperti dinyatakan :

7.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa membayar Sewaan selama dua (2) atau satu (1) bulan berturut-turut mengikut jumlah deposit boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.

7.2 Membayar segala kemudahan asas dan bil pembentungan kecuali kos selenggara yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis. Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.

7.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia adalah diterima). Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

7.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis, hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan. Setelah mendapat keizinan dari Tuan Punya Rumah, Penyewa hanya dibenarkan melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah. Penyewa mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya Rumah.

7.5 Membenarkan Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui temujanji untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya maka tuan punya rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

surat perjanjian sewa rumah 2018

Untuk versi penuh contoh surat perjanjian sewa rumah setebal 12 muka surat ini, sila download Telegram.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.