Susu Strawberi Korea Dengan Jeli. Sedap & Fresh, Ini Cara Buatnya Untuk Minum Waktu Berbuka

Masuk je bulan puasa, pastinya pelbagai resepi makanan dan minuman yang difikirkan untuk dihidang untuk berbuka nanti.

Selain daripada minum air sarsi atau air oren ketika berbuka puasa, anda boleh mencuba resepi baru pula iaitu Susu Strawberi Korea dengan Jeli untuk diminum ketika berbuka puasa nanti.

Jom dapatkan resepi Susu Strawberi Korea Dengan Jeli seperti yang dikongsikan ini. Pasti lazat kerana buah strawberi yang digunakan adalah buah yang fresh!

Baca juga: Lebih Sedap Dari Pasar Malam. Resepi Roti John Homemade Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN SUSU STRAWBERI KOREA DENGAN JELI

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Susu Strawberi Korea dengan Jeli adalah seperti berikut:

  1. 20 biji buah strawberi dicuci bersih
  2. 130 gram gula
  3. Air buah lemon
  4. Jeli strawberi
  5. Susu full cream
  6. Ais

Susu Strawberi Korea Dengan Jeli. Sedap & Fresh, Ini Cara Buatnya Untuk Minum Waktu Berbuka

CARA PENYEDIAAN SUSU STRAWBERI KOREA DENGAN JELI

Ikuti cara penyediaan Susu Strawberi Korea dengan Jeli langkah demi langkah seperti berikut:

  • Kisar buah strawberi secara kasar dan jangan terlalu halus ya.

Susu Strawberi Korea Dengan Jeli. Sedap & Fresh, Ini Cara Buatnya Untuk Minum Waktu Berbuka

  • Seterusnya, masak strawberi yang sudah dikisar bersama gula sehingga pekat.
  • Tuang ke dalam bekas setelah masak dan masukkan jeli, ais dan juga susu. (Anda boleh menggunakan yogurt untuk menggantikan susu)

Susu Strawberi Korea Dengan Jeli. Sedap & Fresh, Ini Cara Buatnya Untuk Minum Waktu Berbuka

Waaaaaaah!! Sedapnya!! Jom cuba untuk juadah berbuka hari ni.

Baca juga: Resepi Susu Kurma. Cara Buat Paling Mudah dan Cepat, Anda Boleh Cuba Sekarang

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.