Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat AM Kemasukan IPTA Bagi Lepasan STPM/STAM Setaraf

0 1,149

Permohonan IPTA/UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2020/2021 bagi lepasan STPM/STAM Setaraf boleh mula dilakukan pada 24 Februari 2020 seperti yang telah ditetapkan di bawah.

Calon-calon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan kelulusan akademik dan pengajian calon.

Setelah itu, anda boleh mula kemukakan permohonan UPU online 2020/2021 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Panduan ini khas untuk calon lepasan STPM, STAM & Diploma Setaraf sebagai rujukan permohonan UPU Online 2020/2021.

PERMOHONAN UPU ONLINE UNIVERSITI SESI AKADEMIK 2020/2021

Bagaimana kemukakan permohonan UPU online 2020/2021?

Untuk makluman calon, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

Di bawah dikongsikan bagaimana anda boleh membeli nombor unik ID UPU sebagai rujukan.

Tapi sebelum itu, mari lihat dahulu jenis-jenis program dan pengajian yang ditawarkan mengikut kelulusan pemohon.

PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA : PEMOHON LEPASAN/LULUSAN STPM (SETARAF)

Kesemua permohonan yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi dan Diploma/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana MUda sesi akademik 2020/2021.

KATEGORI STPM/SETARAF

Calon yang layak membuat permohonan adalah dari kategori berikut:

  • STPM 2019
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UITM 2019 & 2020
  • STAM 2018 & 2019
  • Diploma Setaraf

Calon dari senarai di atas layak membuat permohonan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2020/2021 di Universiti Awam.

Calon juga boleh rujuk Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf ini untuk maklumat lengkap dan terkini.

Setelah mengenal pasti kategori masing-masing, pemohon UPU 2020/2021 boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum mengemukakan permohonan.

Calon boleh melakukan semakan syarat dan senarai program pengajian yang ditawarkan melalui pautan khas di bawah:

TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE 2020/2021 DIBUKA

Telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2020/2021 mulai 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020.

TARIKH PEMBELIAN NO UNIK ID UPU PERMOHONAN 2020/2021

Nombor pin unik ID UPU boleh mula dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking seluruh negeri bermula 24 Februari ~ 07 April 2020 nanti.

Number unik ID UPU adalah berharga RM15.60 tanpa GST.

Calon juga boleh rujuk Jadual Penjualan dan Tarikh Pembelian dan Harga No Unik ID BSN ini

Tarikh Permohonan UPU Online 2020 2021

SISTEM APLIKASI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE

Setelah anda membeli nombor unik ID BSN bagi permohonan UPU 2020/2021 mengikut kategori masing-masing, pemohon boleh mula mengemukakan permohonan UPU secara online menggunakan no Unik ID tadi.

Permohonan perlulah melalui aplikasi atas talian/online yang disediakan yang boleh diakses melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPU online di bawah menggunakan no unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem aplikasi borang permohonan UPU.

Sila klik Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan UPU 2020/2021

Perhatian: Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 24 Februari 2020. Bagi pemohon kali pertama/baru perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT, PANDUAN & PERTANYAAN

Untuk mengikuti maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk layari laman Facebook rasmi dan portal rasmi UPU melalui pautan yang disediakan di bawah.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...