Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat Kemasukan IKM MARA & Kolej Kemahiran Tinggi MARA Terkini

0 1,299

Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) merupakan pusat pengajian di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan anak muda bumiputra yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak sektor-sektor pekerjaan kini.

Pelajar yang terpilih akan mengikuti program yang ditawarkan dan yuran pengajian dan peperiksaan akan dibiayai oleh MARA. Bagi mereka yang berkelayakan juga akan dapat elaun sara hidup daripada MARA. Dengan bantuan daripada kerajaan MARA mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk para pelajarnya.

IKM menyediakan pendidikan di peringkat sijil manakala KKTM menyediakan pelajar untuk mengikuti program di peringkat diploma. Kesemua pusat pengajian ini telah mendapat pengiktirafan dan sesuai untuk pelajar menghabiskan pengajian yang bukan sahaja secara teori malah lebih praktikal.

SYARAT KEMASUKAN KE IKM DAN KKTM TERKINI

Disebabkan tempat yang terhad untuk kemasukan ke KKTM dan IKM, pihak MARA telah menetapkan beberapa syarat sebelum pemohon dibenarkan menyertai pusat pengajian kelolaan MARA ini.

Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan ke IKM dan KKTM dan lain-lain info bagi memudahkan semua:

Syarat Kemasukan IKM MARA & Kolej Kemahiran Tinggi MARA Terkini
SYARAT AM KELAYAKAN PERMOHONAN IKM & KKTM
IKM KKTM
  • Lulusan SPM atau setara (lepasan spm). Bagi lepasan SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek sejarah
  • Lulus SPM atau setara (lepasan spm) atau lulus sijil kejuruteraan/teknologi kejuruteraan IKM/teknologi IKM dengan cgpa>2.00 (permohonan lepasan ikm hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja diperingkat spm)
  • Bumiputera
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-40 tahun
  • Berumur 18-40 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
  • Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
PANDUAN PERMOHONAN

Di bawah merupakan panduan permohonan kemasukan ke IKM & KKTM yang anda boleh rujuk sebelum mengemukakan sebarang permohonan rasmi. Sila rujuk pautan disediakan.

PAUTAN PORTAL RASMI TVETMARA
👉🏻 TVETMARA
APLIKASI PERMOHONAN SECARA ONLINE
👉🏻  SPUPIM
SESI PENGAMBILAN IKM & KKTM
  •  Januari
  •  Oktober (KKTM Kuantan & MJII Beranang)
  •  Julai
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA 50609 Kuala LumpurTel : +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510
email : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...