Berikutan kes Covid-19 yang semakin mendadak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperketatkan syarat perjalanan merentas negeri dengan menghadkan alasan perjalanan untuk diluluskan.
Malahan, kelulusan perjalanan rentas negeri juga dibenarkan melakukan perjalanan pada hari tertentu sahaja seperti yang telah diumumkan oleh PDRM.
Baca juga: SOP Aktiviti Masjid & Surau Sepanjang Bulan Ramadan 1442H Untuk Panduan Anda
6 ALASAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI
Isi Kandungan
Disebabkan kerana angka jangkitan naik mendadak dalam tempoh yang pendek, PDRM menghadkan perjalanan rentas negeri dengan 6 alasan berikut:
- Pekerjaan
- Kecemasan
- Kematian (Ahli keluarga terdekat)
- Perubatan
- Pendidikan
- Pasangan jarak jauh
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan adalah dilarang.
TEMPOH KUATKUASA RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN
Syarat rentas negeri yang diperketatkan ini akan berterusan sehingga:
- Selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
HARI PERGERAKAN RENTAS NEGERI
Kelulusan yang dibenarkan boleh melakukan perjalanan merentas negeri pada:
- Hari Isnin hingga Khamis sahaja
KENYATAAN MEDIA SYARAT TERKINI RENTAS NEGERI
Berikut adalah kenyataan media mengenai syarat terkini rentas negeri yang diperketatkan PDRM:
Baca juga: Download Borang Kebenaran Rentas Negeri & Cara Membuat Permohonan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai syarat terkini pergerakan rentas negeri, sila hubungi PDRM di:
- 03-2266 2222
- https://www.rmp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.