Alert Ya Ibu Bapa! Permohonan Kemasukan Tadika Islam MAIWP Sesi 2022 Dibuka. Mohon Online Disini
Ibu bapa yang menetap di Wilayah Persekutuan dan mempunyai anak-anak berumur 5 dan 6 tahun boleh membuat persediaan untuk permohonan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022.
Untuk pengetahuan anda juga, permohonan untuk kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022 kali ini juga adalah secara online.
Bilakah tarikh pendaftaran permohonan untuk kemasukan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022? Semak sini untuk maklumat lanjut.
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TADIKAN ISLAM MAIWP SESI 2022
Isi Kandungan
Tarikh pendaftaran permohonan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022 adalah seperti berikut:
- 16 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada ibu / bapa / penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
- Pendaftaran Prasekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2017
- Pendaftaran Prasekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2016 (murid baru)
- Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik / kritikal
- Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja
SYARAT TAMBAHAN
- Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00
- Lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (tarikh ujian akan dimaklumkan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya)
DOKUMEN SOKONGAN WAJIB
Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan wajib seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran Murid dan Mykids Murid
- Salinan Kad Pengenalan / Passport Ibu dan Bapa / Penjaga
- Satu salinan Penyata Gaji / Pencen Ibu dan Bapa / Penjaga terkini
- Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu / bapa / penjaga yang tiada slip gaji / bekerja sendiri / tidak bekerja
- Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti kediaman semasa
- Salinan rekod kesihatan – Rekod Imunisasi Murid
CARA MOHON
Cara mohon adalah secara online di pautan berikut:
- https://www.maiwp.gov.my
- Ibu / Bapa / Penjaga DIWAJIBKAN mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara online.
- Keputusan permohonan / tawaran akan dimaklumkan melalui laman sesawang MAIWP mulai 24 September 2021 dan ibu/bapa /penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- 03 – 4047 9444 samb 518 / 536
- En. Mohd Nur Azam bin Abdul Jalil ([email protected]), En. Yuskhairi bin Yahsan ([email protected]), En. Suhaimi bin Ahmad Bintang ([email protected]), Pn. Nur Aqilah binti Abdul Malek ([email protected]), Pn. Norreha binti Abu Said ([email protected])
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
- 03 – 8871 50000
- Pn. Azilawati binti Baharim ([email protected]), Pn. Suzila binti Zanal Abidin ([email protected])
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
- 087 – 418 5515 / 512
- Pn. Nur Atillah binti Jasnih ([email protected]), Pn. Azlynne binti Mohd Shairun ([email protected])
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.