Banyak Kerja Rumah
Isi Kandungan
Anak-anak tidak boleh pergi sekolah sejak PKP ini. Cikgu pula berikan kerja rumah melalui telefon saja. Agak kasihan melihat anak-anak salin semula latihan ke dalam buku masing-masing. Ibu bapa mesti terfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.
Hendak beli laptop dan printer baru mesti memakan belanja yang besar. Jadi, apakah cara yang jimat dan terbaik untuk atasi masalah ini?
Cetak Terus Dari Handphone
Ada satu cara yang paling mudah iaitu anda boleh mencetak terus daripada telefon bimbit anda tanpa perlu membeli laptop baru, pasang wifi baru dan membazir duit.
Hanya gunakan 3 peralatan ini saja iaitu :
- Printer
- Kabel OTG ( Boleh beli di Eco / Ninso / DIY )
- Aplikasi PrinterShare Mobile Print ( download dari telefon anda sendiri melalui Play Store )
Printer
Kabel OTG
Apps PrinterShare Mobile Print
Cara-Cara Setting
Anda hanya perlu :
- Sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG,
- Sambungkan ke telefon bimbit anda,
- Ikut sahaja arahan daripada aplikasi PrintShare Mobile Print.
- Setelah siap setting, anda sudah boleh print kerja rumah anak-anak anda terus daripada telefon.
Mudah bukan?
Jimat masa, jimat tenaga dan semestinya jimat wang anda.
Semoga dengan perkongsian ini memudahkan kerja anda dan anak-anak anda seharian.
Sumber :
- mingguanwanita.my
- Facebook Fizie JoeKer
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.