Sebelum ini rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Pulau Langkawi perlu melakukan Ujian Pengesanan Covid-19.
Tetapi, mulai 12 Oktober 2021 semua rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Pulau Langkawi tidak perlu lagi membuat Ujian Pengesanan Covid-19.
Anda semua hanya digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalana ke Pulau Langkawi.
TARIKH KUATKUASA KEPERLUAN UJIAN PENGESANAN COVID-19
Isi Kandungan
Penguatkuasaan keperluan Ujian Pengesanan Covid-19 bermula pada:
- 12 Oktober 2021
SYARAT WAJIB AKTIVITI MELANCONG
Sebelum anda pergi melancong, pastikan anda semua:
- Lengkap 2 dos vaksin
- Memakai pelitup muka
- Mengekalkan jarak
- Memakai hand sanitizer
- Suhu badan tidak melebihi 37.5
- Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh premis pelancongan
INDIVIDU TIDAK BOLEH MELANCONG
“Bagaimana pula individu yang yang disahkan positif Covid-19?”
Bagi individu yang:
- Disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan
- Individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan
Mereka ini TIDAK DIBENARKAN MELANCONG ke Pulau Langkawi.
Manakala mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.
Baca juga: Dah Boleh Melancong Kan? Amalkan TRIIS Ketika Melancong Nanti Ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.