Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Perlu Buat Ujian Pengesanan Covid-19 Kalau Nak Ke Langkawi

228

Sebelum ini rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Pulau Langkawi perlu melakukan Ujian Pengesanan Covid-19.

Tetapi, mulai 12 Oktober 2021 semua rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Pulau Langkawi tidak perlu lagi membuat Ujian Pengesanan Covid-19.

Anda semua hanya digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalana ke Pulau Langkawi.

TARIKH KUATKUASA KEPERLUAN UJIAN PENGESANAN COVID-19

Penguatkuasaan keperluan Ujian Pengesanan Covid-19 bermula pada:

  • 12 Oktober 2021

Baca juga: Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Pesan, Ikuti Tips Pemanduan Di Jalan Raya Balik Kampung Nanti

SYARAT WAJIB AKTIVITI MELANCONG

Sebelum anda pergi melancong, pastikan anda semua:

  • Lengkap 2 dos vaksin
  • Memakai pelitup muka
  • Mengekalkan jarak
  • Memakai hand sanitizer
  • Suhu badan tidak melebihi 37.5
  • Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh premis pelancongan
Nota: Anda semua digalakkan untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Pulau Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.
Oleh itu, anda tidak perlu membuat Ujian Pengesanan Covid-19 untuk melancong ke Pulau Langkawi dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Tak Perlu Buat Ujian Pengesanan Covid-19 Kalau Nak Ke Langkawi

INDIVIDU TIDAK BOLEH MELANCONG

“Bagaimana pula individu yang yang disahkan positif Covid-19?”

Bagi individu yang:

  • Disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan
  • Individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan

Mereka ini TIDAK DIBENARKAN MELANCONG ke Pulau Langkawi.

Manakala mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.

Baca juga: Dah Boleh Melancong Kan? Amalkan TRIIS Ketika Melancong Nanti Ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...