Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Banyak Nama Dengan Mudah. Ini Caranya

Bukan mudah untuk selesaikan konflik yang berkaitan dengan harta pusaka sekiranya ianya melibatkan banyak pihak. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Ia juga melibatkan hukum faraid terutamanya bagi mereka yang beragama Islam. Jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menyebabkan pergaduhan antara keluarga itu sendiri.

Untuk uruskan perkara berkaitan pengurusan harta pusaka, pastikan masing-masing mempunyai ilmu dan tahu selok belok pembahagian dengan betul terutamanya berkaitan dengan tanah pusaka tetapi banyak nama yang terlibat.

CADANGAN CARA SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA BANYAK NAMA

Untuk selesaikan masalah tanah pusaka banyak nama tanpa sebarang masalah ini, pertama sekali anda perlu tahu hubungan kekeluargaan antara si mati dengan pewaris seperti yang tertera di dalam gambar ini.

Cara Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Banyak Nama Tanpa Sebarang Masalah

Untuk selesaikan masalah tanah pusaka yang banyak nama ini, lakukan perkara berikut:

1. Lantik Seorang Wakil Kuasa (Power of Attorney- PA)

Ahli keluarga perlu melantik seorang wakil kuasa atau dipanggil PA dikalangan penama tersebut dan beliau adalah boleh dipercayai dan akan dipertanggungjawabkan untuk uruskan semua perkara berkaitan tanah tersebut.

Jadi, semua penama akan menandatangani satu surat iaitu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk uruskan semua perkara berkaitan tanah tersebut.

Tetapi, kuasa PA perlu dilihat dengan teliti dan dihadkan setakat mana perlu sahaja agar PA tidak menyalah gunakan kuasa yang diberikan.

2. Penama Menjual Bahagian Masing-Masing

Untuk lebih memudahkan, semua penama boleh menjual bahagian tanah masing-masing kepada salah seorang penama dan pastikan harga tanah adalah wajar serta mengikut harga pasaran  semasa yang dipersetujui bersama.

Walaupun PA berkuasa untuk uruskan hal ini, namun hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan menandatangani SNP dan Borang PIndah Milik dan tidak perlu tandatangan semua penama.

Uruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk agihkan pembayaran harga jual beli kepada setia[ penama mengikut bahagian masing-masing.

3. Majukan Tanah Sebagai Projek Perumahan

Majukan sahaja tanah tersebut sebagai projek perumahan melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan. Selain itu, boleh sahaja join venture(JV) dengan pemaju perumahan yang boleh dipercayai.

Jika tanah tersebut dimajukan sendiri, tanah tersebut boleh diserah semula kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan seterusnya bina rumah atas tanah tersebut untuk dijulal.

Bahagikan hasil jualan sama rata atau mengikut bahagian masing-masing seperti yang telah dipersetujui.

4. Koperasi / Syarikat Anak Beranak

Seterusnya tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak yang menjadikan tanah tersebut sebagai aset. Secara tidak langsung, setiap waris akan menerima sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan untuk menjana pendapatan kepada syarikta.

Bahagikan hasil keuntungan mengikut bahagian saham masing-masing kepada setiap penama tersebut.

BAHAGIAN TANAH PUSAKA BANYAK NAMA SEMAKIN MENGECIL

Terdapat juga beberapa masalah dimana beberapa bahagian tanah pusaka yang banyak nama ini semakin lama semakin mengecil dan agak menyukarkan proses pembahagian tanah pusaka.

  • Bahagian tanah pusaka banyak nama semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia.
  • Penama asal meninggal dunia dan bahagiannya turun milik kepada waris.
  • Akibatnya, semakin banyak penama yang akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
  • Menyukarkan proses untuk uruskan proses pembahagian dan membangunkan tanah tersebut kerana memerlukan persetujuan daripada setiap penama.
  • Proses akan menjadi lebih sukar sekiranya terdapat penama yang tidak setuju atau tidak memberikan kerjasama dan menyebabkan tanah tersebut terbiar begitu sahaja.

Anda boleh gunakan cadangan di atas untuk selesaikan masalah tanah pusaka banyak nama ini dan boleh juga gunakan cara yang lain sekiranya difikirkan ianya lebih praktikal untuk anda sekeluarga.

Juga anda boleh membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) di atas tanah pusaka tetapi mestilah mengikut syarat yang ditetapkan seperti yang anda boleh perolehi disini.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.