Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Urusniaga JPJ Di Pejabat Pos Ditangguhkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0

2,628

Jika sebelum ini semua urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan, kali ini Pos Malaysia juga telah mengumumkan perkara yang sama iaitu penangguhan semua urusan berkaitan JPJ di pejabat Pos kerana PKP 3.0.

Penangguhan itu bermula 15 Jun 2021 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jadi, sebarang urusan berkaitan JPJ boleh dilakukan secara online melalui platform yang akan dikongsikan sebentar nanti.

TARIKH PENANGGUHAN URUSAN JPJ DI PEJBAT POS

Menurut Pos Malaysia, semua urusan berkaitan JPJ ditangguhkan mulai:

  • 15 Jun 2021 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Urusniaga JPJ Di Pejabat Pos Ditangguhkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0

JENIS URUSAN YANG DITERUSKAN DI PEJABAT POS

Namun, terdapat beberapa urusan yang boleh dilakukan di pejabat pos iaitu:

  • Pembaharuan insurans kenderaan
  • Lain-lain urusniaga

WAKTU OPERASI POS MALAYSIA SEPANJANG PKP 3.0

Bagi anda yang ingin melakukan lain-lain urusan di Pejabat Pos boleh rujuk jadual waktu operasi pejabat pos seperti yang dilampirkan disini.

Urusniaga JPJ Di Pejabat Pos Ditangguhkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0

CARA RENEW ROADTAX ONLINE mySIKAP

Anda boleh renew lesen memandu dan roadtax kenderaan anda secara online melalui Portal mySIKAP seperti berikut:

  • Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • Pergi ke menu KENDERAAN dan klik PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR
  • Isikan maklumat yang diperlukan, buat pembayaran, semak dan buat pengesahan maklumat.
  • Roadtax anda telah diperbaharui.

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE mySIKAP

Untuk renew lesen memandu anda melalui Portal mySIKAP pula, anda perlu:

  • Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • Pergi ke menu LESEN MEMANDU, klik PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU dan isikan maklumat yang diperlukan.
  • Jangan lupa buat pembayaran, semak dan sahkan.
  • Akhirnya, lesen memandu anda telah siap diperbaharui!

Rujuk: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang Lockdown (15 Jun-28 Jun 2021), Online Melalui mySikap

KELONGGARAN RENEW LESEN & ROADTAX SEHINGGA SEPTEMBER

Sebelum itu juga, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memaklumkan bahawa kelonggaran diberikan untuk anda memperbaharui lesen memandu  mulai:

  • 1 Ogos hingga 30 September 2021

PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu Sepanjang PKP Sehingga 30 September Ini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...