Semua barang naik harga! Terkini, dikhabarkan bahawa kerajaan bakal mengumumkan mengenai kenaikan kadar tarif elektrik yang baharu.
Mengikut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kadar tarif elektrik baharu ini adalah bagi tahun 2022 sehingga 2024.
Malahan, kadar tarif elektrik yang baharu ini tidak membebankan semua rakyat Malaysia.
TARIKH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TARIF ELEKTRIK BAHARU
Isi Kandungan
Tarikh pengumuman kenaikan kadar tarif elektrik yang baharu sebelum:
- 1 Februari 2022
“Kadar tarif baharu ini akan diumumkan tidak lama lagi dan kita akan melaksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) pada 1 Februari nanti.”
“Kita sedang tunggu Suruhanjaya Tenaga dan apa yang saya boleh katakan, tarif baharu ini tidak akan membebankan rakyat.”
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40
Program Rebat Elektrik RM40 masih lagi dijalankan ya! Anda boleh membuat semakan dipautan berikut:
Bagi KIR yang layak berdaftar dengan eKasih, anda boleh mengemas kini nombor akaun bil elektrik secara online di http://bit.do/Rebat40.
BAYAR BIL MELALUI APPS MYTNB
Tenaga Nasional Berhad juga telah memperkenalkan cara mudah untuk anda membuat semakan serta pembayaran bil TNB melalui aplikasi MyTNB.
Semak bil anda dipautan berikut:
- Laman web myTNB : https://www.mytnb.com.my/
- Aplikasi myTNB Play Google : Android
- Aplikasi myTNB Apps Apple : iOS
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan bil elektrik, anda boleh menghubungi :
- Talian Bebas Tol : CareLine 1-300-88-5454
- Emel : [email protected]
- SMS : 15454
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.