Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarif Elektrik Kekal Untuk Tahun 2021, Bakal Terima Rebat & Penurunan Bil

2,223

Seperti yang dijanjikan, kadar tarif elektrik terbaru bagi tahun 2021 telah pun diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar. Kadar tarif elektrik pada tahun 2021 tiada kenaikan dan pengurangan serta masih sama seperti kadar tarif yang sebelum ini.

Sebelum ini, beliau juga telah memaklumkan bahawa tiada pemotongan elektrik dilaksanakan sehingga Mac 2021 bagi pengguna domestik yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dapatkan berita penuh mengenai tempoh tiada pemotongan elektrik dilaksanakan sehingga Mac 2021 dan bayaran ansuran bil elektrik disini.

KADAR TARIF ELEKTRIK 2021

Kadar tarif elektrik dikekalkan bermula:

  • Januari 2021 hingga Jun 2021

Kadar tarif elektrik adalah:

  • 39.45 sen per kilowatt jam (kWj)

Kadar tarif ini adalah untuk semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik.

REBAT ELEKTRIK 2021

Rebat yang akan bakal dinikmati oleh pengguna pula ialah:

  • 2 sen/kWj bagi tempoh yang sama.

Maksudnya, setiap kiraan per kilowatt jam milik sesebuah premis akan menerima potongan sebanyak 2 sen.

Rebat ini akan dimanfaatkan oleh:

  • 7.5 juta pengguna domestik dengan kadar penurunan bil elektrik sebanyak 3.6% – 9.2%.
  • Pengguna komersial pula akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0% hingga 5.2%.
  • Pengguna industri pula akan menikmati penurunan bil di antara 4.6% hingga 6.1%.

“Langkah ini diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Regulatori Kedua TNB di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) sehingga 31 Disember 2021.”

Kerajaan berharap dengan pemberian rebat itu dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan menurunkan kos menjalankan perniagaan yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Mekanisme ICPT yang diperkenalkan sejak Januari 2014 adalah sebahagian daripada Kerangka Dasar Penetapan Baharu Tarif Elektrik yang dikenali sebagai IBR.

Melalui mekanisme tersebut, pelarasan kadar tarif yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dibuat setiap enam bulan dan dikira berdasarkan kos untuk menjana elektrik.

Sejak ICPT diperkenalkan, pemberian rebat kali ini merupakan pemberian rebat kali kelapan dinikmati oleh pengguna TNB.

LEPAS PENJIMATAN KOS BAHAN API

Kerajaan juga bersetuju untuk melepaskan penjimatan kos bahan api kepada semua pengguna TNB berikutan penurunan harga bahan api arang batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020.

Langkah berkenaan adalah selaras dengan pelaksanaan mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

Tarif Elektrik Kekal Untuk Tahun 2021, Bakal Terima Rebat & Penurunan Bil

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...