Jangan Lupa, Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Bakal Berakhir 31 Oktober Ini
JANGAN LUPA, PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0 BAKAL BERAKHIR 31 OKTOBER INI
Isi Kandungan
Sebelum ini ramai yang merungut bahawa terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin yang pertama. Apabila kerajaan mengumumkan tentang GKP 2.0, pasti ramai yang membuat permohonan dan tidak ingin terlepas lagi untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.
Tujuan GKP 2.0 dilanjutkan adalah kerana untuk membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang yang ketiga.
JUMLAH BAYARAN GKP 2.0
Jumlah bayaran untuk GPK 2.0 ini adalah sebanyak RM3,000 dan akan dikreditkan ke akaun pemohon secara one-off payment.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN GKP 2.0
Pihak Lembaga Hasil Dalan Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengingatkan para usahawan yang layak dan masih belum menerima bantuan GKP 2.0 untuk memohon dengan segera sebelum 31 Oktober ini.
TARIKH SEMAKAN & PEMBAYARAN
Pemohon boleh membuat semakan permohonan pada :
- 15 November 2020
Manakala tarikh pembayaran dijangkakan pada :
- 25 November 2020
Untuk membuat permohonan, semakan dan pendaftaran, sila klik pautan di bawah :
PERMOHONAN, SEMAKAN & PENDAFTARAN GKP 2.0
MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP 2.0
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:
- Portal Rasmi LHDNM
- Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.