Ahli Keluarga Anda Pesara Tentera (ATM)? Ini Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen Sehingga Bulan Disember 2022
Mungkin ada diantara anda merupakan pesara askar atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kadangkala mereka mungkin meminta pertolongan anda untuk mengeluarkan wang pencen tetapi wang pencen belum lagi masuk ke dalam akaun.
Untuk memudahkan anda, apakata anda download atau rujuk sahaja jadual tarikh bayaran pencen askar/ATM yang dikongsikan ini untuk rujukan anda sehingga bulan Disember 2022.
Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang
INFO RINGKAS PESARA ASKAR/VETERAN ATM
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, mereka yang dikategorikan sebagai pesara askar atau veteran ATM adalah warganegara Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan sepenuh masa di dalam angkatan keselamatan yang terdiri dari bekas angkota-anggita seperti berikut:
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa
- Pasukan Force 136
- Sarawak Rangers
- Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Singapura (British Army)
JADUAL BAYARAN PENCEN PESARA TENTERA (ATM) SEHINGGA DISEMBER 2021
Berikut adalah tarikh bayaran pencen pesara tentera (ATM) dari bulan Januari sehingga Disember 2022 untuk rujukan anda:
BULAN | TARIKH | HARI |
JANUARI | 20 JANUARI 2022 | KHAMIS |
FEBRUARI | 22 FEBRUARI 2022 | SELASA |
MAC | 22 MAC 2022 | SELASA |
APRIL | 21 APRIL 2022 | KHAMIS |
MEI | 23 MEI 2022 | ISNIN |
JUN | 21 JUN 2022 | SELASA |
JULAI | 21 JULAI 2022 | KHAMIS |
OGOS | 22 OGOS 2022 | ISNIN |
SEPTEMBER | 20 SEPTEMBER 2022 | SELASA |
OKTOBER | 13 OKTOBER 2022 | KHAMIS |
NOVEMBER | 22 NOVEMBER 2022 | SELASA |
DISEMBER | 15 DISEMBER 2022 | KHAMIS |
PENCEN PERKHIDMATAN
Pencen Perkhidmatan dibayar setiap bulan kepada anggota yang layak apabila tamat perkhidmatan.
Anggota berikut layak menerima Pencen Perkhidmatan:
- Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT)
- Pegawai Tauliah Jangka Pendek jika bersara pada umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.
- Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
- Pegawai Tauliah Tetap, Pegawai Tauliah Jangka Pendek atau Anggota Lain-lain Pangkat yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”.
Anda tidak layak menerima pencen jika anda salah satu dari senarai di bawah:
- Dihukum penjara.
- Menyembunyikan fakta.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pencen pesara tentera (ATM) sila dapatkan di:
- Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur - 03-2071 5731
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.