Mereka yang telah menerima wang iSinar bagi Kategori 1 pastinya tertunggu-tunggu tarikh kemasukan wang untuk kali kedua selepas menerima wang pendahuluan sebelum ini.
Anda juga boleh membuat semakan status permohonan bagi Kategori 2 setelah anda membuat permohonan dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Anda juga perlu mengambil tahu sebab-sebab dokumen anda direject seterusnya anda boleh muat naik semula dokumen tersebut sehingga 30 Jun 2021 agar permohonan anda dapat diproses dengan mudah dan lancar.
Nak tahu tarikh pembayaran iSinar dikreditkan ke akaun anda? Teruskan bacaan anda dan semak tarikh pembayaran iSinar melalui jadual tarikh jangkaan yang dikongsikan ini.
TARIKH JANGKAAN PEMBAYARAN DUIT iSINAR FEBRUARI 2021
Isi Kandungan
Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar yang berikutnya akan dibayar pada:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja)
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu
- Sebelum akhir bulan berkenaan
TARIKH BAYARAN PENDAHULUAN BULAN JANUARI | TARIKH JANGKAAN BAYARAN BULAN FEBRUARI |
SEBELUM 8 JANUARI | 5 FEBRUARI |
SEBELUM 9 JANUARI | 6 FEBRUARI |
SEBELUM 10 JANUARI | 7 FEBRUARI |
SEBELUM 11 JANUARI | 8 FEBRUARI |
SEBELUM 12 JANUARI | 9 FEBRUARI |
SEBELUM 13 JANUARI | 10 FEBRUARI |
SEBELUM 14 JANUARI | 11 FEBRUARI |
SEBELUM 15 JANUARI | 12 FEBRUARI |
CARA CHECK TARIKH BAYARAN WANG iSINAR MELALUI iAKAUN KWSP
Untuk check tarikh bayaran wang pendahuluan iSinar ke akaun bank anda mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Klik masuk ke pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Klik LOG MASUK.
- Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
- Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
- Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
- Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
- Kemudian klik pada iSINAR.
- Anda akan dapat lihat tarikh bayaran pendahuluan pertama dan bayaran bulanan dikreditkan pada bahagian tersebut.
- Semakan tarikh bayaran pertama serta bayaran bulanan seterusnya telah siap.
Baca juga: Semak Semula 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan iSinar Kategori 2 Perlu Di Upload Semula
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.