Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Semula 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan iSinar Kategori 2 Perlu Di Upload Semula

10,999

Orang lain sudah masuk duit Interim iSinar ke dalam akaun bank masing-masing. Tetapi wang anda masih juga belum dikreditkan walaupun telah disemak berkali-kali.

Keesokan harinya anda diminta untuk upload semula dokumen sokongan atau sokongan tambahan yang diminta oleh pihak KWSP sebelum ini.

Baca juga: Upload Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Sehingga 30 Jun 2021. Jangan Lupa Ya!

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu di upload semula dan apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga semua dokumen tersebut tidak dapat diproses oleh KWSP.

Jom semak apakah 3 sebab dokumen sokongan atau dokumen tambahan permohonan iSinar Kategori 2 anda tidak dapat diproses sehingga pelu upload semula.

3 SEBAB DOKUMEN SOKONGAN iSINAR KATEGORI 2 PERLU DI UPLOAD SEMULA

Mungkin anda terlepas pandang sehingga menyebabkan dokumen sokongan atau dokumen tambahan yang dikemukakan perlu dimuat naik semula untuk tujuan proses oleh KWSP.

Antara 3 sebab yang dinyatakan oleh KWSP ialah:

  1. Tidak jelas
  2. Tidak lengkap
  3. Tidak berkaitan

Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Semak Semula 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan iSinar Kategori 2 Perlu Di Upload Semula

CARA MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN iSINAR

Untuk muat naik dokumen sokongan bagi permohonan iSinar Kategori 2, sila rujuk gamabr ini:

Upload Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Sehingga 30 Jun 2021. Jangan Lupa Ya!

CONTOH DOKUMEN BUKTI HILANG KERJA, PENDAPATAN TERJEJAS

Antara contoh dokumen bukti anda hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas adalah:

1. NOTIS BERHENTI KERJA

Ketika membuat permohonan, lampirkan bersama notis pemberhentian kerja yang diberikan oleh majikan terdahulu. Dokumen ini adalah untuk membuktikan pendapatan ahli KWSP telah terjejas akibat pemberhentian kerja oleh majikan yang terdahulu.

2. NOTIS CUTI TANPA GAJI

Juga, lampirkan bersama notis cuti tanpa gaji daripada majikan terdahulu. Ini kerana cuti tanpa gaji juga menyebabkan pendapatan bulanan anda terjejas kerana anda tidak mempunyai pendapatan sepanjang tempoh cuti tersebut.

3. NOTIS POTONGAN GAJI

Jika majikan memberikan anda notis potongan gaji, lampirkan bersama notis ini kepada KWSP sebagai bukti pendapatan terjejas.

Rujuk: Permohonan i-Sinar KWSP: Contoh Dokumen Bukti Hilang Kerja, Pendapatan Terjejas

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...