Tarikh Pembayaran Tunai BPR 2021 Fasa 2 & Cara Semakan Nombor Baucer

Untuk pengetahuan anda, tidak semua penerima BPR Fasa 2 akan dikreditkan wang mereka ke akaun kerana tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran dan ia diletakkan dengan status gagal kredit.

Oleh hal yang demikian, penerima BPR Fasa 2 yang status gagal kredit perlu membuat pengeluaran bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dapatkan cara membuat semakan baucar dan tarikh membuat penebusan baucar seperti yang akan dikongsikan ini.

TARIKH PENEBUSAN BAUCAR BPR 2021 FASA 2

Penerima BPR 2021 Fasa 2 yang menggunakan baucar BPR 2021 boleh membuat penebusan di kaunter BSN bermula pada:

  • 17 Mei 2021

Untuk pengetahuan andan juga, bayaran BPR 2021 Fasa 2 juga telah mula dikreditkan kepada penerima mulai 7 Mei 2021 yang lalu secara berperingat ke akaun masing-masing.

CARA MEMBUAT SEMAKAN NOMBOR BAUCER BPR FASA 2

Untuk membuat semakan nombor baucer BPR Fasa 2 berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti:

  • Klik https://bpr.hasil.gov.my/
  • Masukan NOMBOR KAD PENGENALAN dan buat semakan status.
  • Selesaikan captcha dan klik SEMAK.
  • Klik PAPARAN MAKLUMAT dan LOG MASUK.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. Kemudian klik LOG MASUK.
  • Untuk semakan NOMBOR BAUCER BPR,klik MAKLUMAT PEMBAYARAN BPR.
  • Nombor baucer BPR 2021 Fasa 2 akan dipaparkan.
  • Salin dan simpan nombor baucer BPR 2021 Fasa 2 untuk dibawa ke BSN.

Tarikh Pembayaran Tunai BPR 2021 Fasa 2 & Cara Semakan Nombor Baucer

NOTIS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR 2021 FASA 2

Tarikh Pembayaran Tunai BPR 2021 Fasa 2 & Cara Semakan Nombor Baucer

Baca juga: Baucer Bayaran Tunai BPR 2021. Ini Cara Buat Semakannya

INFO SELANJUTNYA

Untuk info selanjutnya sila hubungi Pusat Hubungan Pelangan BSN di :

  • Telefon : 1300-88-1900
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.