BPN 2.0: Tarikh Semakan Pemohon Baru & Rayuan 15 Januari 2021

Seperti semua sedia maklum, Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu, mulai 21 Januari ini.

Manakala bagi pemohon baru dan pemohon rayuan boleh membuat semakan status permohonan mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Untuk membuat semakan BPN 2.0 bagi pemohon baru dan pemohon rayuan, anda boleh lihat langkah-langkah yang disediakan ini.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 PEMOHON BARU & RAYUAN

Untuk membuat semakan status permohonan BPN 2.0 bagi pemohon baru dan pemohon rayuan adalah seperti berikut:

BPN 2.0: Tarikh Semakan Pemohon Baru & Rayuan 15 Januari 2021

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN / MYKAD anda.
  • Klik pada ikon CARIAN.
  • Kod CAPTCHA akan dipaparkan, masukkan kod tersebut dan klik SEMAK.
  • Status permohonan akan dipaparkan.

TARIKH & KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 PEMOHON BARU & PEMOHON RAYUAN

Pembayaran adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • 21 Januari 2021: Bagi penerima kategori B40
  • 25 Januari 2021: Bagi penerima kategori M40

KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Kaedah pembayaran yang akan dilakukan ialah:

  • Dibuat secara terus ke akaun berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pembayaran secara tunai bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank.
  • Penerima BPN 2.0 di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran pada tarikh dan tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
  • BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
  • Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Info selanjutnya sila dapatkan di: BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

BPN 2.0: Tarikh Semakan Pemohon Baru & Rayuan 15 Januari 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.