Tarikh-tarikh Penting Berkaitan UPU Yang Perlu Diketahui Oleh Lepasan SPM dan STPM

Berikut merupakan beberapa tarikh penting yang wajib diketahui oleh setiap lepasan SPM dan STPM berkenaan dengan UPU. Pastikan anda tandakan tarikh-tarikh ini di dalam kalender anda untuk memastikan anda tidak terlepas perkara-perkara penting yang berjalan pada tarikh tersebut.

tarikh upu 2

Proses berkaitan UPU bermula daripada bulan Februari sehingga bulan September. Tarikh-tarikh penting tersebut adalah seperti berikut:

  • 6 Februari 2018 : Permohonan UPU dan jualan nombor unit ID dibuka. Anda boleh mendapatkan nombor unit ID ini di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
  • 30 Mac 2018 : Jualan nombor unit ID di BSN ditutup.
  • 31 Mac 2018 : Permohonan UPU secara online ditutup
  • 9 April 2018 – 15 April 2018 : Semakan panggilan temuduga permohonan lepasan SPM / Setaraf ke Universiti Awam / Politeknik Premier.
  • 21 Mei 2018 – 27 Mei 2018: Pengumuman keputusan permohonan lepasan SPM /Setaraf ke Universiti Awam dan Politeknik Premier.
  • 21 Mei 2018 – 27 Mei 2018: Pengumuman keputusan permohonan lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.
  • 21 Mei 2018 – 27 Mei 2018: Permohonan Rayuan UPU secara online dibuka bagi lepasan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
  • 28 Mei 2018 – 31 Mei 2018: Permohonan Rayuan UPU secara online ditutup bagi lepasan SPM/ Setaraf ke Universitit Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
  • 28 Mei 2018 – 31 Mei 2018: Semakan panggilan temuduga (bukan pendidikan), Ujian MEDSI bagi lepasan STPM/ Setaraf.
  • 11 Jun 2018 – 17 Jun 2018: Semakan panggilan temuduga (bagi calon yang memilih bidang Pendidikan) bagi lepasan SPM/ Setaraf.
  • 18 Jun 2018 – 24 Jun 2018: Pengumuman keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komunitit dan ILKA.
  • 12 Jun 2018: Sistem permohonan UPU secara online Fasa 2 (matrikulasi/ asasi) bagi lepasan STPM/ Setaraf dibuka.
  • 22 Jun 2018: Sistem permohonan UPU secara online Fasa 2 (matrikulasi/ asasi) bagi lepasan STPM/ Setaraf ditutup.
  • 6 Ogos 2018 – 12 Ogos 2018: Hebahan keputusan permohonan bagi lepasan STPM/ Setaraf.
  • 6 Ogos 2018 – 12 Ogos 2018: Permohonan Rayuan UPUOnline dibuka bagi lepasan STPM/Setaraf
  • 13 Ogos 2018 – 19 Ogos 2018: Permohonan Rayuan UPUOnline ditutup bagi lepasan STPM/Setaraf
  • 27 Ogos 2018 – 31 ogos 2018: Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 1 bagi lepasan STPM/Setaraf.
  • 17 September 2018 – 23 September: Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 bagi lepasan STPM/Setaraf.

PESANAN BUAT LEPASAN SPM DAN STPM SETARAF 2017/2018

Kepada semua calon lepasan SPM dan STPM Setaraf, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendaftar UPU kerana melalui UPU inilah peluang anda terbuka untuk menyambung pengajian di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA.

Anda juga dinasihatkan untuk bukan sahaja menandakan tarikh-tarikh penting berkaitan UPU yang dikongsi ini di dalam kalender anda malah jika perlu anda boleh tetapkan reminder pada tarikh-tarikh ini dalam telefon pintar anda.

Anda juga harus peka dengan perkara-perkara penting yang berlaku pada tarikh tersebut
dan pastikan perkara itu berkaitan dengan anda. Sebagai contoh, anda merupakan calon lepasan SPM/ Setaraf, anda hanya perlu fokus kepada perkara tentang SPM/ Setaraf sahaja.

Pastikan anda tidak terlepas setiap perkara penting pada tarikh yang telah dinyatakan di atas. Pihak kami mendoakan permohonan anda dalam UPU ini berhasil!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.