OKU & Peserta Return To Work Dipelawa Mohon Program Temuduga Khas Secara Online. Pelbagai Keistimewaan Menanti Anda
Pejabat PERKESO Negeri Johor mempelawa golongan OKU dan peserta Return to Work untuk mengikuti Program Temuduga Khas yang akan diadakan secara online.
Jadi, golongan OKU dan peserta Return to Work tidak dipinggirkan untuk mendapatkan pekerjaan sepanjang program ini diadakan.
Buat pra pendaftaran seterusnya memilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda. Jangan sampai terlepas peluang, ya!
INFO RINGKAS PROGRAM TEMUDUGA KHAS OKU & PESERTA RETURN TO WORK
Isi Kandungan
Berikut adalah beberapa maklumat Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work untuk rujukan anda:
-
Tarikh: 28 Oktober 2021
- Hari: Khamis
-
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 Petang
Baca juga: RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH
KAEDAH TEMUDUGA
Semua peserta akan ditemuduga secara online sahaja iaitu dengan menggunakan medium seperti berikut:
- Aplikasi Cisco Webex
- Aplikasi Whatsapp
SENARAI MAJIKAN TERLIBAT PROGRAM TEMUDUGA KHAS OKU & PESERTA RETURN TO WORK
Walaupun terdapat 4 majikan yang terlibat dengan Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work, namun terdapat banyak jawatan yang ditawarkan kepada pencari kerja di luar sana.
Majikan yang terlibat ialah:
-
Lotus Seaview Beach Resort & Spa
-
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
-
Flextronics Technology Sdn Bhd
-
Sweet Seventeen Collection
PRA PENDAFTARAN & PILIHAN JAWATAN
Anda boleh membuat pra pendaftaran dan pilihan jawatan terlebih dahulu dipautan yang dikongsikan ini.
- http://bit.ly/KARNIVALOKUJOHOR
- Lengkapkan maklumat diri anda.
- Klik Next untuk pengisian borang yang seterusnya.
- Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar pra pendaftaran anda.
SENARAI JAWATAN, KATEGORI OKU, GAJI & LOKASI PENEMPATAN
Anda boleh dapatkan senarai jawatan, kategori OKU, gaji dan lokasi penempatan seperti dibawah:
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai ketika temuduga secara online dijalankan seperti:
- Memakai baju kemeja, berseluar slack, berkasut, rambut dalam keadaan yang rapi dan kemas bagi calon lelaki. Bagi calon wanita pula, berbaju kurung, bertudung dengan kemas, ikat rambut bagi bukan Islam, berkasut dan baju yang sopan.
- Keadaan ruangan untuk temuduga kemas, background yang tidak bersepah, tidak terlalu bising, tiada gangguan dan selesa.
Anda juga dinasihatkan untuk membuat semakan talian internet agar tiada gangguan internet semasa temuduga dijalankan.
Baca juga: 3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work dengan menghubungi pegawai berikut:
- Cik Sarah: 012-5181 541
- Cik Liyana: 017-7210 577
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.