Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Tugas Pegawai Bomba KB19? Dapatkan 13 Lagi Contoh Soalan Untuk Temuduga TSOI Pegawai Bomba KB19

3,380

Nak jadi Pegawai Bomba pun mesti lulus temuduga yang bakal anda lalui nanti ya!

Anda boleh dapatkan contoh soalan yang akan dikongsikan disini untuk persediaan menghadapi temuduga serta meningkatkan keyakinan anda ketika temuduga  nanti.

Nak tahu contoh soalan temuduga untuk Pegawai Bomba KB19? Teruskan bacaan anda dan dapatkan contoh soalannya disini.

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI BOMBA GRED KB19

Berikut adalah beberapa info mengenai jawatan Pegawai Bomba KB19 yang perlu anda tahu iaitu:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI BOMBA KB19

Antara tugas sebagai Pegawai Bomba KB19 ialah:

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI BOMBA KB19

Nak tahu contoh soalan temuduga Pegawai Bomba KB19 seperti yang dikongsikan oleh calon sebelum ini?

  1. Mengapa anda ingin menjadi seorang bomba?
  2. Siapakah nama Ketua Pengarah JBPM?
  3. Perlukah setiap rumah mempunyai alat pemadam api?
  4. Ceritakan cara untuk menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam bangunan yang terbakar?
  5. Sedia tak dihantar untuk bekerja di negeri lain?
  6. Sebutkan 5 pangkat tertinggi dalam Jabatan Bomba yang anda tahu.
  7. Berapa jenis pakaian Pegawai Bomba yang ada dan sehingga nombor berapa?
  8. Adakah tugas bomba hanya memadamkan api dan selamatkan orang yang kemalangan di jalanraya serta di air sahaja?
  9. Adakah SMART sebahagian daripada Jabatan Bomba Malaysia?
  10. Terangkan mengenai misi dan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
  11. Apa tugas anda sebagai frontliner di musim pandemik Covid-19 kali ini?
  12. Bersediakah anda untuk memakai full set PPE jika diminta untuk bertugas dengan pesakit Covid-19?
  13. Adakah anda sudah divaksin?
Nota: Anda digalakkan untuk membaca mengenai isu semasa, kenegaraan dan mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

PROSES PERMOHONAN MENJADI BOMBA

Ingin tahu proses permohonan untuk menjadi bomba?

Semak sini.

Baca juga: Apa Nak Buat Jika Sijil Yang Dimuat Naik Pada MyResume Hilang?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...